Sabtu, 13 Februari 2010

Sekilas Kenangan Kejohanan Sukan Tahun 2010





Inilah potret kenangan yang pasti akan menjadi ingatan segar dalam lipatan memori.

Hari Sukan Sekolah Saya 6

Keputusan telah diumumkan.....Rumah Mahathir telah menyandang gelaran JOHAN dalam kejohanan Sukan tahun 2010.Memdapat 258 markah dengan pungutan emas terbanyak iaitu 14 pingat emas.Yang seronoknya, kami juga telah menjadi Johan dalam 'Pertandingan Perbarisan Rumah sukan'.ALHAMDULILLAH..

Yang paling mengembirakan saya ialah ketiga- tiga orang cahayamata saya juga telah mendapat hadiah...Muhammad Aiman Zulhakim mendapat 3 pingat. Muhammad Irfan Mukhlis mendapat 2 pingat. dan Nur Hasanatul Fadhillah juga mendapat tempat dalam acara 4X200meter.

Kami sempat mengabadikan kenangan bersama sebahagian ahli rumah sukan dan sebahagian daripada guru- guru dari rumah Mahathir. Tahniah kepada Cikgu Hamidun, Cikgu Saptiah, Cikgu NurHuda , Cikgu Masniah dan saya sendiri..Ada yang tidak sempat bergambar bersama kerana hari telah lewat petang. Segalanya menjadi kenangan yang cukup indah..

Hari Sukan Sekolah Saya 5





Saat yang paling membahagiakan adalah menerima hadiah berupa medal hasil usaha gigih mereka berlatih tanpa jemu. Menag dan kalah adat bertanding. Yang penting semangat ingin menjuarai kecemrlangan perlu ada dalam setiap diri individu. Berusaha dan bertawakal adalah motivasi yang terbaik.

Hari Sukan Sekolah Saya 4





Semua pasukan rumah Mahathir cuba melakukan yang terbaik. Masing- masing bertanding dengan penuh semangat kesukanan.Mengekalkan kejuaraan bukannya mudah. Gelaran ' Juara Menunggu', membayangi setiap langkah dan pergerakan ahlinya.Mampukah mereka mengekalkan kejuaraan..?Semuanya menanti dengan penuh debaran...

Hari Sukan sekolah Saya 3





Hari itu, saya berbaju merah dan bertudung merah.Topi pun baru sahaja dibeli sebelum majlis sukan berlangsung. Cuaca panas terik. Namun persembahan sebelum majlis bermula cukup menarik perhatian. Acara persembahan gimnastik dan persembahan Taekwando. Seramai 2 orang pelajar akan mewakili sekolah ke peringkat kebangsan dalam acara Gimmastik.Pasti kejohanan sukan pada tahun ini menjadi kenangan manis kepda seluruh warga sekolah.Beginilah suasana di sekolah menjelang kejohanan sukan saban tahun...

Hari Sukan Sekolah Saya 2






Cantiknya pemandangan pada waktu petang yang penuh bersejarah itu. Perbarisan pelajar dari 4 kontijen rumah sukan di bawah awan yang putih berarak di udara.Ibu bapa pun ramai yang hadir untuk melihat kejohanan hari sukan sekolah.Saya gembira melihat semua murid cukup teruja menjayakan acara yang cukup meriah ini.Pasukan manakah agaknya yang akan memenangi acara perbarisan?Nantikan keputusan hakim yang dijemput khas dari sekolah lain ...Ikuti seterusnya cerita saya...

Hari Sukan sekolah Saya 1






Tibalah hari yang dinanti- nanti.Majlis Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah telah bermula. Pada hari Khamis ,11 Februari 2010,Kejohanan sukan telah berlangsung dengan meriah.Majlis dirasmikan oleh En. Sukaimi Bin Bunyamin, dari Unit Pembangunan Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.Yang menariknya, aksi pelajar dalam Pertandingan Perbarisan Rumah Sukan.Eh..Cantiknya maskot mereka...

Di Sebalik Tabir Menjelang Hari Sukan 2





Bila cikgu menunjukkan kreativiti masing- masing ,suasana bilik guru sesekali menjadi gamat seketika.Lihatlah aksi Cikgu Hashimah ,guru rumah Hijau yang menjahit bendera pasukan rumahnya.Tidak ketinggalan juga aksi Cikgu Linda.Eh..Huda dan Cikgu Masniah pun cat topi dengan warna Merah..?Eh..ni, aksi guru mengalahkan murid yang nak nak masuk bertanding... Tak apalah..Janji kita bahagia . Betultak ?

Di Sebalik Tabir Menjelang Hari Sukan





Lihatlah pelbagai aksi guru rumah sukan. Masing- masing bersemangat membuat aksesori untuk pertandingan 'Raptai Perbarisan Rumah Sukan'.Rumah Mahathir yang mengekalkan warna Merah juga tidak ketinggalan menyiapkan aksesori untuk pelajar. Perbarisan rumah sukan yang menang ,akan menyumbang markah untuk rumah sukan. Amboi ..meriahnya suasana bilik guru apabila semua guru penasihat menunjukkan kreativiti dan bakat terpendam masing- masing..

Saringan Sukan Sekolah saya 2




Sementara itu,rakan - rakan saya yang lain pula sibuk membimbing murid membuat persiapan aktiviti regangan, melekatkan nombor di t-shirt peserta dan memberi taklimat ringkas.Saya dan rakan lain dari rumah Mahathir amat berharap pencapaian murid memberangsangkan seterusnya mampu mengekalkan kejuaraan pada tahun lepas.Sesungguhnya kejayaan milik insan yang berusaha.....Insya- Allah..

Saringan Sukan Sekolah Saya.




Sebaik sahaja sihat, bermulalah kesibukan menjadi guru rumah sukan.Bermula pada hari Isnin, 7 Februari 2010, sekolah saya sibuk mengadakan persiapan hari sukan. Saya gagahkan diri untuk bergerak cergas walaupun demam ini belum benar- benar sembuh. Pasukan rumah saya ialah Rumah Mahathir. Melihat semangat murid - murid , demam selama 2 hari yang saya alami hilang serta merta. Cogankata 'Merahmu Bara Semangat Waja' yang menjadi slogan tiba- tiba menyelinap ke dalam diri. Saya pun jadi bersemangat sama. Mereka cukup teruja untuk mengekalkan kemenangan pada tahun lepas.Sebenarnya Rumah Mahathir telah menyandang gelaran Johan selama lebih daripada 3 tahun berturut-turut. Alhamdulillah...

Menjadi hakim sukantara dan saringan sekolah. ? Walaupun baru sahaja sembuh dari demam, saya cuba melaksanakan tugas yang diamanahkan sedaya upaya saya.Setiap pasukan perlu menghantar guru penasihat untuk menjadi pengadil saringan sukan..Saya diminta menjadi pengadil dan merekodkan catatan masa peserta bagi memilih murid yang layak ke peringkat akhir.ukan sekolah akan diadakan pada hari Khamis, 11 Februari 2010.

Apa pun, kita selaku pendidik perlu sentiasa ceria dan senyum gembira di hadapan pelajar untuk memberi suntikan semangat kepada mereka..Jadi..Saya pun 'control ayu' bila bersama murid dan bila bersama rakan - rakan sejawatan.Aksi kami sempat dirakam oleh rakan sebelum program bermula.Bersama- sama saya ialah Nurhuda Bt. Ahmad, Cikgu Norlia Bt. Hasbullah dan Pn. Wahida..

Demam Oh Demam



Salam ukhuwwah kepada semua pengunjung blog ini..Agak lama saya tidak update blog ini.Maaf jika ada rakan- rakan yang tertunggu- tunggu khabar dari saya...atau membuka blog ini dan akhirnya hampa .Sebenarnya saya demam selepas sahaja kursus LINUS di Morib Selangor berakhir.Barangkali perjalanan kursus yang jauh dan rehat yang tidak cukup tidur sepanjang berkursus.Apa pun saya redha kerana sihat dan sakit adalah pergiliran umpama malam dan siang.Apa yang penting kita bersyukur dengan apa yang dimiliki..

Sya tinggalkan kenangan manis di Morib dengan harapan moga ada pertemuan...Walau entah bila..Entah di mana...Moga ukhuwwah dan jalinan silaturrahim akan berkekalan dan berpanjangan...

Saya abadikan kenangan ini ketika minum malam sebelum beredar ke bilik masing- masing ketika berkursus.Moga kita berjumpa lagi ..

Khamis, 4 Februari 2010

Kursus Kejurulatihan LINUS di Impian Hotel Morib Selangor 15





Inilah Jurulatih '1 Malaysia'.Saya sempat bergambar bersama Cikgu Ng Siew Lian dari SJKC Kahang, Kluang dan Pn. Indra A/P Balan dari SJKC Cantuman Chaah, Segamat.Kami gembira dapat berjumpa dalam satu kursus dan dapat bertukar- tukar fikiran.Kami abadikan kenangan ini untuk memberikan motivasi bekerja dalam diri dalam menggalas amanah yang diberi selepas majlis penutupan kursus selesai.

Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Umbaik Bin Hj. Ismail,Ketua Sektor Program Khas, Bahagian Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau menyampaikan ucapan sambil menggunakan slaid denagan tajuk'Pengurusan Tekanan Dan Konflik' sebelum menutuprasmi kursus. Gembira sungguh kerana Pn. Hjh Zaleha dari Kementerian Pelajaran Malaysia pun dapat turut bersama melapangkan masa bersama kami dalam majlis penutupan kursus.

Segala kenangan bersama rakan seperjuangan tidak akan saya lupakan."Ya Allah,..permudahkan urusan kami. Bantulah kami dalam usaha kami menggalas amanah dan memikul tanggungjawab ini. Berkatilah usaha murni kami.Satukanlah hati- hati kami dengan penuh keikhlasan. Teguhkanlah kesabaran dalam diri kami.Semoga usaha kami ini diberkati".Amin.....

Rabu, 3 Februari 2010

Kursus Kejurulatihan LINUS di Impian Hotel Morib Selangor 14




Pada jam 8.30 pagi, tibalah aktiviti persembahan mikro teaching.Kumpulan 12 telah mendapat giliran ke 2. Rakaman video diadakan kerana ia akan di nilai oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.Alamak..saya kena jadi cikgu pulak..Apa pun, buat je lah..Alhamdulillah..saya telah melaksanakan amanah dengan baik. Ahli Kumpulan saya yang berlakon jadi murid pun ok..Aktiviti ini sempat dirakamkan oleh rakan lain..Semuanya akan jadi kenangan manis sepanjang hayat.

Kursus Kejurulatihan LINUS di Impian Hotel Morib Selangor 13


Ini adalah 4 orang Jurulatih Utama Pemulihan Khas Daerah Segamat yang telah diamanahkan untuk menggalas cabaran dan memikul amanah untuk menyampaikan ceramah tentang LINUS kepada semua Guru Pemulihan Khas yang melibatkan 84 buah sekolah Daerah Segamat.Cikgu Afraz dari Sk. Sri Bali Chaah, Cikgu Azwan dari Sk. Kemedeak, Pn Indra dari SJKT Cantuman Chaah dan saya sendiri.Semoga kami dapat melaksanakan segala tanggungjawab yang diberi dengan baik. Insya- Allah...Kami sempat mengabadikan kenangan sebelum slot pemurnian bahan berakhir malam tadi .