Isnin, 6 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432H



Salam Maal Hijrah buat semua pengunjung blog yang mengenali diri ini..Semoga ketibaan Maal Hijrah ini membawa seribu erti dalam diri kita yang bergelar pendidik.Sesuai dengan semangat hijrah yang tiba ini, saya ingin menyeru kepada semua agar marilah kita memantapkan jatidiri kita sebagai pendidik yang berjiwa dan berminda merdeka...Di tangan kitalah terletaknya harapan untuk kita melahirkan modal insan gemilang.Anak - nak didik kita bakal merupakan generasi kepimpinan pewaris masa hadapan.Justeru, persiapkanlah diri kita sebagai pendidik yang berintgeriti tinggi dalam tugas yang diamanahkan...Akhir kata sekali lagi diucapkan , Salam Maal Hijrah buat semua..Syukran..

Isnin, 15 November 2010

MAJLIS PELANCARAN PEMANTAPAN PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS DALAM PROGRAM LINUS NEGERI JOHOR 2010

Pada hari Selasa, 2 November 2010 telah berlangsung Majlis Pelancaran Pemantapan Peranan Guru Pemulihan Khas dalam LINUS DI Sk.Sri Bukit Pasir Muar.Seramai 5 orang dari setiap daerah dan semua guru Pemulihan Khas sekolah rendah Parlimen Pagoh telah hadir untuk mendengar taklimat dan majlis pelancaran tersebut.

Ucapan Mejar Sazali bin Abd. Hamid, Ketua Unit Pemulihan Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Ucapan Tn. Hj. Mohd. Salihuddin Bin Rasul, Pegawai Penyelaras Pendidikan Parlimen Pagoh

Ucapan Pn. Hajjah Zaleha Bt. Othman,Ketua Unit Pemulihan , Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

Ketibaan vip jemputan yang diiringi dengan paluan kompang..

Ucapan alu- aluan oleh En. Md Noh Bin Ghani,Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran negeri Johor, Wakil rasmi Pengarah Pelajaran Johor.

Ucapan perasmian oleh Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh, ADUN JORAK merangkap Pengerusi Sekretariat Motivasi Dan Latihan Parlimen Pagoh.

Saya telah diamanahkan menjadi pengacara majlis. Alhamdulillah , saya telah laksanakan yang terbaik walaupun dalam keadaan persiapan masa yang cukup terbatas.

PERKHEMAHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010


Pada 29,30 Oktober dan 1 November 2010 telah berlangsung Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Malaysia Peringkat Negeri Johor di Hutan Rekreasi Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Semua peserta kontijen daripada semua daerah telah menghantar peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah berkayak, War Game, Night Walk dan sebagainya. Ternyata banyak pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan . Coretan ini adalah sebahagian sahaja yang sempat dikongsi..Ada kelapangan nanti, saya akan kongsikan sebahagian gambar aktiviti yang lain pula ketika update blog..

Taklimat mendirikan khemah disampaikan oleh fasilitator yang terdiri daripada pelajar UTM Skudai

Sahabat rapat yang bercita- cita untuk menjadi wanita yang solehah

Aktiviti mendirikan khemah

Sardin yang telah siap di masak

Setiap kumpulan perlu menyalakan api untuk memasak sendiri. Peserta hanya diberikan tin sardin, kentang dua biji , lada, garam dan alat memasak sebagai suatu proses berdikari .

Bersama puteri sulung saya , Nur Hasanatul Fadhillah dan Nabilah Afrinah.Keduanyapeserta perkhemahan dari SK LKTP Kemelah yang mewakili kontijen Segamat.

Bersama peserta perkhemahan daripada sekolah rendah dan menengah yang mewakili daerah Segamat..

MESYUARAT PENYELARASAN MODUL LINUS UNTUK GURU PEMULIHAN KHAS NEGERI JOHOR 2010

Pada 25 hingga 26 Oktober 2010, Unit Pemulihan Khas ,Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah mengaadakan Mesyuarat Penyelarasan Modul LINUS Untuk Guru Pemulihan Khas Negeri Johor 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor , Skudai.Kumpulan Jurulatih Utama Pemulihan Khas Negeri Johor telah diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk menyiapkan dan memurnikan Instrumen STARpulih , persediaan untuk pelancaran Program LINUS di Muar,pemurnian Kamus Elektronik LINUS dan beberapa tugasan lain seperti merangka pakej kursus.Terima kasih diucapkan kepada Mejar Sazali Bin Abd. Hamis, Ketua Unit Pemulihan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Johordan En. Shahiran Bin Kamaruddin, Penyelia Pemulihan Khas atas inisiatif mengadakan perjumpaan dan mesyuarat ini. Semoga segala usaha murni diberkati.

Sesungguhnya sahabat seperjuangan merupakan sebahagian daripada sumber inspirasi untuk terus maju ke hadapan.Saya bertudung purple bersama rakan- rakan seperjuangan.

Pn. Indra dan Pn. Jamilah yang terlibat dalam pemurnian Instrumen STARpulih

Cik Nurul Hidayah dan rakan kumpulannya yang sentiasa berdedikasi

Pn. Fadzlun Bin Jamali dan rakan daripada kumpulannya yang tekun menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan..

Bersama rakan- rakan mengabadikan kenangan setelah tugasan kumpulan disiapkan.

Kumpulan Jurulatih Utama Pemulihan Khas yang sedang menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan.

MAJLIS PERPISAHAN ANJURAN BILIK GURU SK LKTP KEMELAH


Salam ukhuwwah..Agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk update blog ini.Alhamdulillah, saya kira dengan keazaman yang tinggi dan minat yang mendalam untuk berkongsi cerita, maka pada pagi ini saya coretkan kisah untuk tatapan semua yang sering mengunjungi blog ini. Setinggi- tinggi ucapan terima kasih atas sokongan dan dorongan dari semua..
Ahli Jawatankuasa Bilik Guru Sk LKTP Kemelah telah menganjurkan Majlis Perpisahan kepada guru dan staff sekolah yang telah berpindah ke sekolah lain. En. Hamidun Bin Hamzah telah bertugas di PPD Segamat sebagai Pegawai Fassilinus.Ustaz Iswady Fadzly Bin Mohd Noor pula telah berpindah ke sekolah lain. En . Hashim juga merupakan Jaga/Pengawal Keselamatan sekolah yang telah lama berkhidmat di sekolah.Jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan. Hanya Allah swt jua yang dapat membalasnya..

Ucapan En. Hamidun yang kini bertugas sebagai Fassilinus di PPD Segamat..

Ucapan Ustaz Iswady Fadzly Bin Mohd. Noor..

Ucapan En. Hashim ...

Cenderahati kepada Cikgu Hamidun yang kini bertugas di PPD Segamat

Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Iswady Fadzly yang telah berpindah sekolah

Penyampaian cenderahati kepada En. Hashim, Jaga Sekolah yang telah menamatkan perkhidmatannya di SK LKTP Kemelah.
Biar jauh di mata, asalkan dekat di hati...

Rabu, 20 Oktober 2010

PERKONGSIAN MASALAH 3M DI UNITED KINGDOM


Salam ukhuwwah...Saya ingin berkongsi cerita tentang seorang sahabat lama ketika menuntut di maktab perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Sariman Abdullah, namanya, yang juga merupakan rakan facebook saya.... Beliau kini berada di United Kingdom bersama isterinya yang masih menyambung pelajaran PHD di sana...Rupanya , hanya sekejap beliau berada dalam bidang pendidikan..dan bekerja pula di RTM...Tapi, mereka akan berada di UK hingga 2012...
Saya ada bertanya tentang masalah penguasaan 3 M di sana..Berikut ialah perkongsian ilmu darinya...
**********************************************

Wah, heavy sungguh soalan Mala, Saya akan cuba share setakat yang termampu.
Dari segi penguasaan 3M rasanya murid di sini tidak ada masalah sebab mereka ke sekolah 'wajib' seawal usia 4 th. Contohnya anak-anak saya perlu mendaftar ke sekolah bila masuk 4 tahun untuk nursery. Nursery di sini diwujudkan dalam 'building sekolah' untuk membiasakan budak-budak dengan suasana sekolah. 'Hours' untuk nursery adalah antara 2 1/2 jam hingga 3 jam sehari.
Parents boleh memilih masa yang sesuai untuk hantar sama ada sessi pagi 9 - 11.30 atau pun 12.30 - 3.00 ptg. Konsepnya sangat menarik, menyanyi dan art & craft. Usia 5 tahun masuk ke 'reception', ini pulak kira macam prasekolah.Untuk tahap ini ,masa belajar dikira penuh sehari seperti persekolahan biasa dr 8.50 pg - 3.15 ptg.

Tahun 1 - 6 dikira macam persekolahan biasa. Cara membaca pula agak berbeza dengan Malaysia.Kalau kita mengajar murid membaca dengan membatang suku kata,di sini diajar dengan bunyi ejaan.
Aktiviti menulis pula menggunakan kaedah sama dengan apa yang kita buat.Cuma style lebih kepada 'English' iaitu tulisan sambung.Kalau kita lebih kepada bulat2 iaitu satu - satu ,kan... Buku garis 3 juga dipraktikkan. Same goes to math, cuma cara yang kita ajar kpd murid agak berbeza iaitu sistem pengiraan.Yang saya agak confuse sikit, saya dah jumpa dengan cikgu kelas bertanyakan masalah ini.Bila ditunjukkan cara yang biasa digunakan di Malaysia dikatakan cara lama,
United Kingdom dah praktikkan cara baru, Yang ini akan saya akan share kemudian...

Apa yg menarik, BBC TV kids channel juga adakalanya sealiran dengan subjek yang iajar kat sekolah. Ada beberapa topik yang anak- anak 2 boleh refer kat TV...Seperkara lagi ..di sini tidak menekankan sistem peperiksaan seperti Malaysia .
Parents akan dipanggil ke sekolah bila hampir dgn SAT ( cam periksa tahunan ) dan parents diingatkan supaya tidak menakutkan anak2 dengan peperiksaan.
Agak kelakar juga, kalau kita selalu nak excellent, di sini dah ada average kemahiran yang sepatutnya sesuai dengan umur...
Kadang- kadang nak marah & geram pun ada, but dijawab dengan "jangan paksa kebolehan anak, biar dia belajar dan terus belajar"...
Harap sedikit share ini boleh memberikan idea kepada Mala...Insyaallah next time boleh share lagi...

Ahad, 10 Oktober 2010

KENANGAN MANIS DI SK TASEK UTARA JOHOR BAHRU

Pada 5 Oktober, Selasa 2010 yang telah ke Sk Tasek Utara , Johor Bahru untuk menghantar peserta sekolah saya menyertai Pertandingan Pidato Piala kanak- kanak Malaysia anjuran Yayasan Harapan Kanak - kanak Malaysia 2010.
Yang paling seronok, saya berpeluang berjumpa Pn. Jamilah Bt. Tumin, Jurulatih Utama Pemulihan Khas Johor Bahru...Apalagi, riuh rendah suasana dibuatnya..
Ketika muncul secara megejut di pintu kelasnya saya sempat berkata"Asalamualaikum..Saya Nazir Persekutuan nak datang memantau.."
Dia yang ketika itu sedang tunduk membuat kerja, tergamam dan terkejut sambil mengurut dada...Lama merenung saya yang sedang tersenyum memandangnya...
"Mala..." Akhirnya dia menjerit memeluk saya sambil mempersilakan masuk...
Hem, berjaya saya mengusiknya...



Segalanya indah jika segalanya diniatkan kerana Allah...

Kenangan manis yang pasiti tidak akan dilupa

Mengabadikan kenangan di kelas yang terhias cantik

Wah!Cantiknya pemandangan kelas beliau...

PERTANDINGAN PIDATO KANAK- KANAK MALAYSIA 2010


Backdrop pertandingan..

Sk Tasek Utara , tempat berlangsungnya program yang telah melakar sejarah

Seorang jurulatih ,juga merupakan seorang guru pengiring.....

Aksi Husna ketika menyampaikan pidato

Para peserta dan guru pengiring diminta naik ke pentas untuk mengabadikan potret kenangan..

Barisan peserta mengabadikan kenanagan sebelum pulang..

Cantiknya kotak Dunkin Donut ni...Hem, kami nak beli untuk dibawa pulang sebagai ole- ole....

Inilah Dunkin Donut kegemaran Husna untuk dibawa pulang..

Wah! Cawangan HPA pun ada...Bestnya...

Khamis, 7 Oktober 2010

TAKLIMAT PEMANTAUAN 'STARPULIH' PINCH RENDAH /MENENGAH JPN JOHOR 2010

Pada 28 Oktober 2010, saya telah berada di SMK Tun Mamat Tangkak atas tugas rasmi..Taklimat Pemantauan Starpulih P1NCH Rendah /Menengah anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor.Tuan Mejar Sazali Bin Abd. Hamid(Ketua Unit Pemulihan Khas JPN Johor),En. Shahiran Bin Kamaruddin (Penyelia Pemulihan Khas JPN Johor), Encik S. Kanalinggam A/L P.Seeney(PPD Bahasa Pejabat Pelajaran Daerah Segamat)dan barisan Jurulatih Utama Pemulihan Khas Kebangsaan yang terlibat telah berada di SMK Tun Mamat Tangkak.
Saya berdoa agar usaha murni ke arah menjayakan misi dan visi 100% Celik Huruf akan berjaya ,berkat kegigihan dan kesungguhan semua pihak.Saya optimis,keikhlasan akan menghasilkan kejayaan..Yang penting pentadbir di sekolah rendah dan sekolah menengah mesti bekerjasama dan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada guru yang telah diamanahkan mendidik anak bangsa yang bakal menjadi aset negara masa hadapan..


Mengabadikan kenangan sebelum kami bertolak balik ke destinasi masing- masing setelah selesai mendengan taklimat daripada Tuan Mejar Sazali Bin Abd. Hamid( Ketua Unit Pemulihan Khas JPN Jabatan Pelajaran Johor).


Wah..cantiknya pemandangan dari tepi jalan sekolah...

Pemandangan dari pintu pagar sekolah SMK Tun Mamat Tangkak...


Sedang mendengar taklimat daripada Mejar Sazali Bin Abd. Hamid...


Kehadiran Encik S. Kanalinggam A/L P. Seeney (PPD Bahasa Daerah Segamat ) amat dihargai....


Fail Instrumen Pemantauan Starpulih...Moga segala usaha murni diberkati Illahi ...Amin...