Salam ukhuwwah...Saya ingin berkongsi cerita tentang seorang sahabat lama ketika menuntut di maktab perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Sariman Abdullah, namanya, yang juga merupakan rakan facebook saya.... Beliau kini berada di United Kingdom bersama isterinya yang masih menyambung pelajaran PHD di sana...Rupanya , hanya sekejap beliau berada dalam bidang pendidikan..dan bekerja pula di RTM...Tapi, mereka akan berada di UK hingga 2012...
Saya ada bertanya tentang masalah penguasaan 3 M di sana..Berikut ialah perkongsian ilmu darinya...
**********************************************
Wah, heavy sungguh soalan Mala, Saya akan cuba share setakat yang termampu.
Dari segi penguasaan 3M rasanya murid di sini tidak ada masalah sebab mereka ke sekolah 'wajib' seawal usia 4 th. Contohnya anak-anak saya perlu mendaftar ke sekolah bila masuk 4 tahun untuk nursery. Nursery di sini diwujudkan dalam 'building sekolah' untuk membiasakan budak-budak dengan suasana sekolah. 'Hours' untuk nursery adalah antara 2 1/2 jam hingga 3 jam sehari.
Parents boleh memilih masa yang sesuai untuk hantar sama ada sessi pagi 9 - 11.30 atau pun 12.30 - 3.00 ptg. Konsepnya sangat menarik, menyanyi dan art & craft. Usia 5 tahun masuk ke 'reception', ini pulak kira macam prasekolah.Untuk tahap ini ,masa belajar dikira penuh sehari seperti persekolahan biasa dr 8.50 pg - 3.15 ptg.
Tahun 1 - 6 dikira macam persekolahan biasa. Cara membaca pula agak berbeza dengan Malaysia.Kalau kita mengajar murid membaca dengan membatang suku kata,di sini diajar dengan bunyi ejaan.
Aktiviti menulis pula menggunakan kaedah sama dengan apa yang kita buat.Cuma style lebih kepada 'English' iaitu tulisan sambung.Kalau kita lebih kepada bulat2 iaitu satu - satu ,kan... Buku garis 3 juga dipraktikkan. Same goes to math, cuma cara yang kita ajar kpd murid agak berbeza iaitu sistem pengiraan.Yang saya agak confuse sikit, saya dah jumpa dengan cikgu kelas bertanyakan masalah ini.Bila ditunjukkan cara yang biasa digunakan di Malaysia dikatakan cara lama,
United Kingdom dah praktikkan cara baru, Yang ini akan saya akan share kemudian...
Apa yg menarik, BBC TV kids channel juga adakalanya sealiran dengan subjek yang iajar kat sekolah. Ada beberapa topik yang anak- anak 2 boleh refer kat TV...Seperkara lagi ..di sini tidak menekankan sistem peperiksaan seperti Malaysia .
Parents akan dipanggil ke sekolah bila hampir dgn SAT ( cam periksa tahunan ) dan parents diingatkan supaya tidak menakutkan anak2 dengan peperiksaan.
Agak kelakar juga, kalau kita selalu nak excellent, di sini dah ada average kemahiran yang sepatutnya sesuai dengan umur...
Kadang- kadang nak marah & geram pun ada, but dijawab dengan "jangan paksa kebolehan anak, biar dia belajar dan terus belajar"...
Harap sedikit share ini boleh memberikan idea kepada Mala...Insyaallah next time boleh share lagi...
Di UK peperiksaan besar saperti UPSR tidak di tekan terhadap murid2. Murid akan di assess mengikut kebolehan masing oleh guru yang terlibat mengikut piawai nasional yang menitik beratkan 3M.Murid juga tidak di-letakan pada kelas atas atau bawah. Setiap kelas mempunyai murid yang kepelbagaian keupayaan dan guru harus focus pada setiap murid mengikut kepandaian dan kebolehan maseng2. Matlamat pendidikan adalah supaya murid boleh berfikir sechara rasional mengikut keupayaan sendiri.
BalasPadam