Rabu, 11 Ogos 2010

Ah LAN WASAHLAN YA RAMADHAN



Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog....Moga Ramadhan kali ini membawa seribu erti....Hari ini, saya bersama suami dan anak- anak ke Bazar Ramadhan Labis untuk meraikan anak- anak berbuka puasa nanti , terutama Irfan yang berumur 7 tahun..Selain melayan karenah mereka, saya pun mencari makanan kegemaran saya dan suami..iaitu sup tulang..
Hem..bestnya..



Wah!..hebat sambutannya...Inilah juadah kesukaan saya..Sup tulang..



Jualan sup tulang yang cukup laris dan mendapat sambutan..

POT LUCK SEMPENA RAMADHAN



Pada hari Jumaat yang lalu,6 Ogos 2010 Sk. LKTP Kemelah telah mengadakan aktiviti Pot Luck .Masing- masing membawa sedikit juadah dari rumah dan diletakkan di kantin sekolah..Pot Luck ini diadakan sempena Ramadhan yang hampir menjelang.. Waktu yang paling meriah ialah waktu rehat..Riuh rendah jadinya bila ramai guru berkumpul..



Kami telah mulakan aktivit pot luck ini bermula tahun lepas...



Wah..gembiranya cikgu menikmati juadah dan mengambil makanan..
Bila semua membawa juadah..pelbagai jenis ada..



Bersama Pn. Rasyidah..Guru Kaunseling sekolah..


Bersama Pn. Norlia Bt. Hasbullah..Alangkah meriahnya...

KEHILANGAN SEORANG GURU PEMULIHAN KHAS DI DAERAH SEGAMAT



Saya mewakili En. Masnawi Bin Shamsuddin , Pegawai Khas Pendidikan Khas dan J/kuasa Panitia Pemulihan Khas Daerah Segamat telah menziarahi Mendiang Pn. Chey Nyuk Ping,yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru..Sehari selepas kemalangan berlaku. Beliau meninggalkan seorang anak perempuan berumur 4 rahun.. Dua orang rakan gurunya dari sekolah yang sama telah meninggal dunia di tempat kejadian pada hari Khamis lepas..Yang menyayat hati, salah seorang yang meninggal dunia itu sedang mengandung 8 bulan..Mereka menaiki kereta menuju ke sekolah dan kemalangan berlaku pada pukul 7 pagi..



Bersama anggota Mendiang Pn. Chey Nyuk Ping di halaman rumah beliau...



Sedang mendengar cerita berkaitan kemalangan ngeri mengorbankan nyawa 3 orang guru sekaligus bersama Guru Besar SJKC Tah Kang.Salah seorang yang terlibat adalah seorang Guru Pemulihan Khas..



Kami mengunjungi rumah Mendiang Pn. Chey Nyuk Ping di Taman Yayasan sebelum beliau dibawa ke acara pengebumian...



Gambar kemalangan ngeri pada hari Khamis,5 Ogos di Segamat yang mendapat liputan di dada akhbar Metro , Sinar dan akhbar lain..

KURSUS KEJURULATIHAN KURSUS P1NCH (4)



Apa yang paling membahagiakan pada kali ini ialah menerima watikah Jurulatih Utama Kebangsaan daripada Pn . Hjh Zaleha,Penolong Pengarah Pemulihan Khas , Bahagian Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia..di hadapan suami sendiri...Alhamdulillah..



Tergelak melihat aksi suami, berbaju biru dari kanan melakukan aksi riadah 'Chicken Dance'



Suami saya cukup memahami tugas saya...Bersyukur kerana ditakdirkan berada dalam bidang dan kecenderungan yang sama..Beliau merupakan guru Intervensi sekolah menengah...Tapi, mungkin ramai tidak menyedari bahawa salah seorang peserta kali ini ialah suami sendiri kecuali rakan Jurulatih Utama yang mamang telah bersama saya..Dia memang 'low profile'...Kami juga jarang kelihatan bersama..sepanjang berkursus..Barangkali sibuk dengan penumpuan tugas masing- masing...Apa yang penting persefahaman antara kami...



Bagaimanakah agaknnya perasaan anda jika secara kebetulan menyampaikan ceramah di hadapan suami sendiri....? Pasti tidak selesa ...Malu pun ada juga ...Tapi saya cuba sembunyikan perasaan saya dan cuba bersikap tenang..Kita perlu profesional dalam tugas betul tak...?Dia pun very sporting...



Kami telah diberikan penerangan tentang Laporan Data PINCH JUN 2010.

KURSUS KEJURULATIHAN P1NCH (3)



Bersama Vimala A/P Nadarajan ,Penghuluwati Kursus Kejurulatihan P1NCH..Eh..Namanya lebih kurang sama dengan nama saya Vimala Vs Normala...



Mengabadikan kenangan bersama dua orang peserta yang bakal menjadi rakan Jurulatih Utama ..


Sedang menyampaikan rumusan hasil penilaian kepada semua peserta kursus yang menyampaikan ceramah...



Salah seorang peserta En. Maarof Bin Abd. Mutalib ,dari SMK Tenang Stesen sedang menyampaikan ceramah ....



Saya sedang menilai salah seorang peserta ketika menyampaikan ceramah dalam slot pengucapan..



Lihatlah aksi peserta lelaki aktiviti riadah 'Chicken Dance' untuk menghilangkan rasa mengantuk...



Oleh kerana Mejar Sazali tidak dapat bersama di majlis penutup pada 29 Julai 2010 kerana menghadiri Mesyuarat J/Kuasa P1NCH DI JPN Johor...,Cik Vimala telah menyampaikan cenderahati mewakili peserta kursus..

Selasa, 10 Ogos 2010

KURSUS KEJURULATIHAN P1NCH (2)



Sesungguhnya saya merindukan sebuah keikhlasan dalam persahabatan walau di mana saya berada..Ya Allah..Berkatilah ukhuwwah kami ini...



Mengabadikan kenangan bersama rakan- rakan Jurulatih Utama dari beberapa buah daerah negeri Johor.


Cikgu Roslee Bin Abdul yang sedang menyampaikan ucapan..



Kehadiran peserta kursus yang merupakan bakal Jurulatih Utama baru..



Saya sedang menyampaikan ceramah kepada peserta.Saya telah diamanahkan oleh Jabatan Pelajaran Johor untuk mengendalikan kursus kepada bakal Jurulatih Utama baru .Saya bersama Cikgu Roslee Bin Abdul telah terlibat secara penuh menjayakan kursus ini bermula 26-29 April 2010.Teriama kasih atas kepercayaan ini...

Sabtu, 7 Ogos 2010

KURSUS KEJURULATIHAN PROGRAM P1NCH 2010



Sebahagian daripada peserta yang hadir..



Sedang mengendalikan kursus yang diamanahkan oleh Mejar Sazali bin Abd. Hamid,Ketua Unit Pemulihan Khas ,Jabatan Pelajaran Negeri Johor.



Bersama rakan seperjuangan ketika mendengar taklimat daripada Mejar Sazali bin Abd. Hamid.

Salam ukhuwwah...Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang Kursus Kejurulatihan Program 100% Celik Huruf (P1NCH) anjuran Unit Pemulihan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas ,Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 26- 29 Ogos 2010 bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLDGP) Bandar Tenggara,Johor.
Matlamat kursus :

Untuk melatih Guru- Guru Pemulihan Khas di sekolah rendah dan Guru - Guru Intervensi di sekolah Menengah menjadi Jurulatih Utama Program P1NCH (Program 100% Celik Huruf.

Objektif kursus :
1. Memahami Program P1NCH.
2.Menguasai kemahiran kejurulatihan.
3.Membantu Program P1NCH di daerah masing- masing.