Sabtu, 7 Ogos 2010

KURSUS KEJURULATIHAN PROGRAM P1NCH 2010



Sebahagian daripada peserta yang hadir..



Sedang mengendalikan kursus yang diamanahkan oleh Mejar Sazali bin Abd. Hamid,Ketua Unit Pemulihan Khas ,Jabatan Pelajaran Negeri Johor.



Bersama rakan seperjuangan ketika mendengar taklimat daripada Mejar Sazali bin Abd. Hamid.

Salam ukhuwwah...Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang Kursus Kejurulatihan Program 100% Celik Huruf (P1NCH) anjuran Unit Pemulihan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas ,Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 26- 29 Ogos 2010 bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLDGP) Bandar Tenggara,Johor.
Matlamat kursus :

Untuk melatih Guru- Guru Pemulihan Khas di sekolah rendah dan Guru - Guru Intervensi di sekolah Menengah menjadi Jurulatih Utama Program P1NCH (Program 100% Celik Huruf.

Objektif kursus :
1. Memahami Program P1NCH.
2.Menguasai kemahiran kejurulatihan.
3.Membantu Program P1NCH di daerah masing- masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan