Jumaat, 16 April 2010

SEKILAS KENANGAN DI BTPN, JB (2)


Turut mengambil gambar kenangan ialah Ahli Jawatankuasa Penaja Majlis Permuafakatan guru Pemulihan /P1NCH Negeri Johor(M3P Johor).Saya diamanahkan sebagai Naib Setiausaha M3P Johor .Semoga perkongsian idea dan saluran suara dapat dimanfaatkan untuk kebajikan murid dan guru pemulihan khas di Negeri Johor.

SEKILAS KENANGAN DI BTPN,JB



Kami sempat mengabadikan kenangan sebelum pulang bersama Mejar Sazali Bin Abd. Hamid, Ketua Unit Pemulihan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Johor. dilupakan.Perkongsian idea dan pandangan diselangi dengan gurauan yang memecah keheningan ,pasti terpahat dalam ingatan.Sesungguhnya, Bengkel Pemurnian P1NCH 2010 ini pasti meninggalkan kenangan yang tidak yang tidak dapat dilupakan.
"Ya Allah..berkatilah usaha kami.Semoga usaha kecil ini ada nilaiannya di sisiMu di akhirat nanti..Amin...

Khamis, 15 April 2010

BENGKEL PEMURNIAN P1NCH DI BTPN, JB (3)




Saya sempat melihat gelagat 3 orang Jurulatih Utama daripada Segamat selain saya.Tersenyum sendiri melihat gelagat mereka.Walaupun ada di antara mereka agak baru dalam bidang kejurulatihan , tetapi saya cukup menghargai komitmen mereka yang masih cuba menyesuaikan diri dalam apa jua situasi.Tetapi di kalangan mereka bukanlah semuanya baru.Lihatlah aksi Cikgu Dizaul Afraz dari sk. Sri Bali Chaah, Cikgu Azwan dari Sk. Kemedak dan Latchumy dari SJKT Cantuman Chaah.Kami diagihkan dalam beberapa kumpulan untuk memurnikan Instrumen P1NCH Johor.Saya pula terlibat dalam sesi cambah fikir dan berkongsi idea dalam Penubuhan M3P Johor.

KURSUS PEMURNIAN P1NCH DI BTPN, JB (2)





Taklimat awal telah disampaikan oleh Mejar Sazali Bin Abd. Hamid, Ketua Unit Pemulihan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Bersama - sama beliau ialah En. Shahiran Bin Kamaruddin, Penyelia Pemulihan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Johor.Banyak informasi terkini yang bakal diketahui khususnya berkaitan tentang Program LINUS oleh Guru Pemulihan Khas Negeri Johor.Dijangka 19 April 2010, semua guru pemulihan akan menerima maklumat berkaitan tanggungjawab mereka untuk menjayakan Pogram P1NCH Negeri Johor.
Saya sungguh gembira kerana dapat berjumpa rakan seperjuangan, Pn. Fadzlun Bt. Jamali.

Selasa, 13 April 2010

BENGKEL PEMURNIAN P1NCH 2010 DI BTPN,JB



Salam ukhuwwah..agak lama saya tidak berkesempatan untuk 'update' blog ini.Maaf,kepada semua pengunjung blog yang mungkin menatap blog ini dengan wajah yang hampa. Kesibukan rutin seharian dan beberapa komitmen dalam profesionalisme perguruan begitu membataskan segalanya. Bermula semalam, 12- 14 April 2010 bertempat di Bahagian Pendidikan Teknologi Negeri(BTPN), suatu Bengkel Pemurnian P1NCH telah diadakan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah:
1.Memurnikan /membina instrumen baru P1NCH 2010.
2,Penyelarasan maklumat berkaitan LINUS .
3.Pelaksanaan STAR Pulih.
4.Membentuk kumpulan 'Mentor'untuk program Intervensi bagin sekolah menengah.
5.Penubuhan Majlis Permuafakatan Guru Pemulihan /P1NCH Negeri Johor(M3P)
Semoga perkongsian idea dalam sesi cambah fikir ini mendapat keberkatan Illahi.