Rabu, 30 Disember 2009

Rakan Perjuangan 14



Ini pula barisan Jurulatih Utama 'One Malaysia' Pemulihan Khas Sekolah Rendah bagi Daerah Segamat. Biasanya kami mengabadikan kenangan setelah selesai menjayakan Kursus Penataran P1NCH Daerah Segamat.Maklumlah , tahun ini paling banyak kursus dilaksanakan demi menjayakan Program P1NCH Negeri Johor.Semoga gagsan untuk meniupkan visi dan misi P1NCH Negeri Johor akan tercapai dan dipermudahkan Allah s.w.t. Insya- Allah...Yang penting adalah sesungguhnya, 'keikhlasan' akan membawa keberkatan.

Rakan Seperjuangan 13



Ingin saya berkongsi cerita tentang barisan jurulatih Utama Daerah Segamat.Kami digelar Jurulatih Utama Pemulihan Khas 'One Malaysia 'kerana terdapat kombinasi pelbagai bangsa untuk membantu P1NCH(Program 1 % Celik Huruf Negeri Johor).Kunikan ini menjadi usikan guru- guru Pemulihan Khas yang lain.Apapun, saya gembira kerana masing- masing saling bekerjasama untuk menjayakan apa sehaja program secara sukarela dan secara kolektif. Segala kekuatan dan kelemahan digarap menjadi pasukan yang bekerja dengan sifat lapang dada serta bertolenrasi antara satu sama lain.

Saya sempat mengabadikan kenangan selepas sahaja menjayakan Kursus Penataran P1NCH peringkat Daerah. Biasanya mereka akan menjadikan sesi penggambaran ini untuk koleksi peribadi dan 'Album Kenangan.'

Rakan Seperjuangan 12



Inilah gambarnya.'Fotogenik' tak gambar ni? Yang berbaju purple di tengah tu, sayalah orangnya. Jadi juruacara majlis perasmian dan majlis penutup suatu pengalaman yang terindah dalam hidup saya.Bukan peringkat daerah atau negeri. Peringkat KEBANGSAAN....Alhamdulillah...Segalanya telah berjalan lancar.Saya telah melakukan yang terbaik..Apa pun segala kesempurnaan adalah milik Allah s.w.t jua.

Selasa, 29 Disember 2009

Rakan Seperjuangan 11

Antara kenangan terindah sepanjang berada di ambang 2009 ini ialah menjadi urusetia Program Cemerlang Akademik Pelajar Pemulihan Khas (CEKAP)2009 Peringkat Kebangsaan.Mengendalikan program yang cukup berprestij ini cukup membuatkan saya teruja.Segala keletihan hilang selagi semuanya 'diniatkan ' kerana Allah.Saya sempat mengabadikan kenangan bersama rakan- rakan.Mereka semuanya gembira dan adik- adik yang bergambar bersama saya penuh dengan aksi tersendiri..Gelak ketawa mengiringi aktiviti suaikenal dan aktiviti pelajar secara berkumpulan.Kami bergambar dan mengabadikan kenangan selepas selesai program pada malam itu di bilik urusetia.

Rakan Seperjuangan 10



Ada dua orang rakan dari Johor Bahru yang sering menghiburkan saya ketika berkursus di peringkat negeri atau terlibat sebagai urusetia ketika mengendalikan Kursus Pemulihan Khas Negeri Johor.Gelak ketawa mereka sering menghiburkan dan membuatkan hilang seketika kepenatan bekerja.Adakalanya mereka menjadi pendengar setia apabila saya dalam kesedihan.Tetapi, mereka percaya ..saya mampu menghadapi segalanya dengan penuh ketabahan.Alangkah bahagianya jika ramai lagi insan yang jujur dalam persahabatan...

"Ya Allah, kekalkanlah persahabatan di antara kami..Moga ikatan silaturrahim ini berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin..

Rakan Perjuangan 9



Agaknya, kalau ada aktiviti 'outdoor' begini..best juga.Apa kata kalau Mejar Sazali Bin Abdul Hamid (Penolong Pengarah Pemulihan Khas Negeri Johor) anjurkan program sebegini di kalangan Jurulatih Utama setiap daerah...Tentu seronok, betul tak? Tapi, apa pun, segalanya terasa indah apabila kita meletakkan 'kebahagiaan 'itu di hati. Bersyukur dengan apa yang dimiliki..

Rakan Seperjuangan 8


Saya ingin berkongsi pengalaman ketika menyertai Pertandingan Bola Jaring Persahabatan dengan Guru - Guru Pemulihan SKM(Sekolah Kurang Murid).Saya berasa gembira kerana sesekali mengikuti kegiatan riadah begini . Maklumlah, telah lama meninggalkan alam persekolahan.Tentu rindu untuk mengulangi jejak silam. Guru- Guru ini begitu mesra dan tidak keberatan untuk membantu program daerah..Guru- guru lelaki pula bermain Futsal.Saya mengabadikan kenangan bersama mereka pada hari itu.

Sabtu, 26 Disember 2009

Rakan Seperjuangan 7



Beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan berinovasi.Peramah dan mudah didekati. Saya senang bersahabat dengannya.Beliau sering menyampaikan ceramah tentang bahan inovasi apabila dijemput oleh daerah atau program anjuran kementerian.Saya tumpang gembira dengan kejayaannya dan berdoa agar beliau sukses selalu.

Ayu,

Seorang sahabat yang baik, bukanlah sentiasa mengiakan apa sahaja kata - kata sahabatnya, tetapi berkata 'Tidak' dan berkata 'Benar' dalam situasi tertentu.Sesungguhnya, kita harus menyatakan 'kebenaran' walaupun pahit.

"Ya Allah, restuilah persahabatan kami.Jauhkanlah kami dari segala kejahatan dan hasad dengki manusia.Amin... ".Berilah ketabahan dan kekuatan kepada kami berdua dalam usaha membantu Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Inilah amal jariah kami apabila dipanggil Illahi suatu hari nanti.

Rakan Seperjuangan 6



Kami menjamu selera 'Nasi Briyani Gam' yang terkenal di Batu Pahat.Wow, sedapnya!. Saya minum Air Sirap Bandung.Suasana gelak ketawa mengiringi jamuan makan tengahari yang lazat.Saya nenunjukkan tanda 'Good' tanda sedap...

Rakan Seperjuangan 5


Teringat saya ketika kami bermesyuarat di Sk. Pendidikan Khas Batu Pahat.Tujuan diadakan mesyuarat itu adalah untuk persiapan urusetia dan penceramah mengendalikan Kursus Kejurulatihan Negeri Johor.Kami berbincang dan bertuakar- tukar pendapat demi kelancaran majlis.Selesai bermesyuarat, kami diajak menikmati jamuan makan tengahari.
Saya abadikan kenangan ketika menunggu bas Sk. Pendidikan Khas menjemput.Hujan renyai- renyai.Bersama saya dalam gambar adalah Pn. Faizah dan Pn. Itaerdayu.Pn. Norsiah Shamsuddin, yang bercermin mata kini telah menjadi Guru Penolong Kanan.

Rakan seperjuangan 4


Menjadi penceramah ketika mengendalikan Kursus Kejurulatihan P1NCH(Program 100% Celik Huruf) meninggalkan kenangan yang cukup manis. Kami sempat mengabadikan kenangan bersama semua peserta.Saya berada di bahagian hadapan sebelah Pn. Faizah.Mejar Sazali Bin Abd. Hamid (Penolong Pengarah Pemulihan Khas Negeri Johor) dan En. Shahiran Bin Kamaruddin (Penyelia Pemulihan Khas Negeri Johor)berada di bahagian tengah.

Jumaat, 25 Disember 2009

Rakan Seperjuangan 3


Bila berkursus di luar daerah, merekalah jadi 'pengibur' saya. Gelak ketawa dan kelucuan akan timbul bila kami bersama.Ada- ada saja 'lawak' yang direka. Hilang juga 'stress'bekerja bila bergurau senda. Adakalanya,kami berbincang bersama dan meneliti hasil kerja sebelum dibentangkan.Yang berbaju biru tu, 'Perunding Imej Blog' saya..,Cikgu Faizah dari Pasir Gudang.

Rakan Seperjuangan 2


Ramai lagi rakan- rakan seperjuangan saya.Semuanya gigih berusaha apabila diamanahkan bertugas. Kami sering bekerjasama dan saling memahami.Menyedari hakikat bahawa, setiap manusia tidak bersifat sempurna.Segala kelebihan dan kekurangan sahabat diterima dengan lapang dada.Kekuatan dan kelemahan digarap menjadi hasil usaha yang luarbiasa.Setiap insan mempunyai kelemahan .Tiada insan yang sempurna. Sesungguhnya segala kesempurnaan adalah milik Allah s.w.t jua.

Rakan Seperjuangan 1


Beliau merupakan seorang yang sederhana dan mudah didekati. Saya senang bersahabat dengannya. Saya suka bertanya, dan dia tidak jemu untuk menjawab. Sabar melayani karenah saya yang sentiasa cuba mencuri 'masa emas'nya.Nak tahu siapa? Dialah 'Perunding Imej Blog' saya.Cikgu Faizah Bt. Thani dari Pasir Gudang Johor. Insan yang menunjuk ajar saya membuat blog ini.Walaupun dalam kesempatan yang cukup terbatas,akhirnya saya berjaya.Saya sangat bahagia dan gembira.Alhamdulillah...

Potret Kenangan 17


Kami mengabadikan kenangan sebelum meninggalkan Kuching Sarawak.Semua peserta kursus gembira dan ceria. Kemesraan semakin erat dan ukhuwwah bakal berpanjangan. Saya berada di bahagian hadapan.Paling hujung, dari kanan..

Potret Kenangan 16


Sempat juga kami mengabadikan kenangan bersama Tn . Hj. Mohd. Umbaik Bin Hj. Ismail,dari Unit Instruksional,Bahagian Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia.Beliau berbaju hitam dari sebelah kiri.

Potret Kenangan 15


Sesungguhnya hidup ini adalah langkah- langkah perjalanan menuju kenangan pahit dan manis.Yang penting,hidup perlu diteruskan..

"Apa pun,yang terjadi padamu.Senyumlah selalu. Bercandalah seadanya. Sesungguhnya hidup ini perlu diwarnai dengan senyuman..Walaupun untuk berbuat demikian, terlalu banyak 'kebahagiaan' yang dirampas."

Potret kenangan 14



Di Sarawak, rasanya semua nak dibeli dan dibawa pulang untuk dihadiahkan kepada rakan- rakan.Sempat juga bergambar di kedai cenderamata.Perjalanan balik menaiki bas juga cukup menghiburkan.Di belakang saya adalah pasangan suami isteri.Suaminya merupakan Jurulatih Utama Pemulihan Khas negeri Sarawak

Potret Kenangan 13


Saya sempat menjadi juruaacara kepada penceramah. Kelihatan dalam gambar ini , saya sedang meneliti biodata penceramah sebelum menyampaikan ucapan.Adakalanya , ia saya diamanahkan tugas ini secara spontan.Tapi ..Alhamdulillah, biasanya saya akan cuba melakukan yang terbaik...

Potret kenangan 12



Pn. Nor Zalina Bt. Nasir merupakan Penolong Pengarah Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Orangnya nampak serius tetapi apabila mengenalinya, rupanya ia seorang yang mudah didekati dan mudah mesra.Saya sempat mengabadikan kenangan bersamanya di meja urusetia.

Potret Kenangan 11



Sempat juga melawat Pusat Jualan Kek Lapis Sarawak.Pelbagai jenis rasa dan macam- macam warnanya. Rasanya, nak bawa balik semua sekali untuk di jadikan ole- ole kepada kawan- kawan di Semenanjung Malaysia terutamanya di Johor.Tapi, nak bawa naik kapal terbang macam mana?

Potret kenangan10


Di Pasar Sarikin, saya berpeluang melihat bermacam jenis jualan. Macam- macam ada..Tapi, ada satu yang menarik..Selain daripa 'Tikar Sarawak' yang cantik, ada jualan yang sering saya lihat di Air Hitam, Johor.Lihatlah dalam 'gambar' ini...Cuba teka namanya?..

Potret Kenangan 9


Saya berpeluang melawat Sarikin..Perjalanan menuju ke sana dengan menaiki bas bersama rakan- rakan membuatkan saya cukup teruja..Sampai sahaja,saya lihat ada sejenis buah yang agak pelik..Lupa pulak namanya..Tetapi,saya nak bergambar jugalah..Manalah tahu, suatu hari nanti rakan - rakan Guru Pemulihan Khas di Sarawak boleh beritahu kepada saya apa namanya..

Potret kenangan 8


Yang paling menarik, dapat melihat dengan lebih dekat Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.Cantiknya...Subhanallah! Sungguh indah ciptaan Allah..Alhamdulillah..

Potret Kenangan 7


Saya sempat begambar di bahagian 'back drop' tempat berkursus.Kata orang,saya ni bila bergambar..'fotogenik' orangnya. Betul ke? Seperti kata peribahasa moden,'naik lif tekan sendiri'. Kalau tidak, siapa pula nak tolong tekankan, Betul tak ?..Entahlah, yang penting..saya suka mengbadikan kenangan jika berpeluang.Sekurang- kurangnya,untuk 'Album Kenangan'diri sendiri..

Potret Kenangan 6


Dalam melayari hidup ini, saya percaya kepada suatu perkara.Keikhlasan.Ia akan membawa keberkatan. Allah s.w.t amat mengerti apa jua yang terdetik di hati hambaNYA.Mengikuti kursus ini merupakan suatu memori indah dalam diari kehidupan saya sepanjang meniti dunia perguruan.Tetapi,sebelum melalui detik indah ini..Keikhlasan saya dalam memperkasa Program Pemulihan Khas ini saya telah diuji..Hanya Allah jua yang maha mengetahui...

Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMU yang lemah ini. Berikanlah kekuatan kepadaku.Hanya Engkaulah yang maha mengerti keikhlasan hatiku ini.

Potret Kenangan 5


Subhanallah! Betapa agungnya kebesaran Allah...Apabila berada di awan biru,saya melihat awan berarak begitu indah. Amat menakjubkan!Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana berpeluang menyaksikan keindahan ciptaanMu di awan biru. Semoga,rakan- rakanku yang gigih berjuang bagi meniupkan misi dan visi P1NCH (Program 100% Celik Huruf)di Johor akan berpeluang seperti diriku suatu hari nanti..Ya Allah, kabulkanlah permintaanku..Amin..

Khamis, 24 Disember 2009

Potret Kenangan 4


Alangkah manisnya kenangan!Mungkinkah detik manis ini akan dapat kita ulangi?Mungkinkah hubungan akan hambar bila ukhuwwah persahabatan dan ikatan silaturrahim teruji..Hanya Allah jua yang maha mengetahui..

Potret kenangan 3


Mengabadikan kenangan bersama rakan- rakan dan Pegawai Kementerian di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Potret Kenangan 2


Membawa bagasi sebelum berlepas

Potret kenangan 1


Sempat menjawab panggilan telefon sebelum berlepas..

Terbang di awan biru

Ingin saya kongsikan rasa gembira gembira ketika kali pertama berpeluang terbang di awan biru ke Kuching ,Sarawak.Kenangan kali pertama ketika menaiki Penerbangan MAS membuatkan saya cukup teruja.Suatu ketika dulu, terlintas di fikiran saya...kalau berpeluang menunaikan haji ke Mekah suatu hari nanti..mungkin barulah dapat naik kapal terbang...Kursus anjuran Bahagian Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia

Suami tersayang juga merupakan Guru Intervensi Program P1NCH Johor.


Beliau merupakan penggerak utama Program Intervensi di sekolahnya sejak diperkenalkan awal Program P1NCH(Program 100% Celik Huruf ) di negeri Johor.Amat berminat..dan pernah mengikuti kursus asas di Melaka ketika En. Musa menjadi Penolong Pengarah di Jabatan Pelajaran Negeri Johor.Alhamdulillah..Bila bidang kami sealiran,persefahaman suami isteri menjadi lebih mudah.Kami sering berkongsi idea dan bahan bantu mengajar dalam usaha mendidik anak bangsa.Adakalanya, beliau mengimbangi kesibukan dan ketiadaan saya apabila diarahkan berkursus di luar daerah.Semoga Allah s.w.t memberkati segala usaha kami berdua dalam meniti dunia perguruan..Amin..

Memori kenangan bersama suami tersayang.


Sempat mengabadikan kenangan suami tersayang setelah bersama mengendalikan kursus LDP Penataran P1NCH 2009 di Bilik Seminar PPD.

Potret Memori dari Koleksi Album Kenangan 09 ketika mengendalikan Kursus LDP di Daerah Segamat.

Rabu, 23 Disember 2009

Salam Maal Hijrah dan Selamat menempuh Ambang 2010

Salam ukhuwwah dan salam muhibbah..

Ya Allah..kurniakankanlah kerinduan dan rasa kecintaan kepada akhirat sehingga dapat kukenali kebenaran dengan timbulnya rasa zuhud di hatiku terhadap dunia yang fana ini. Semoga dapat aku melihat dengan nyata segala urusan akhirat sehingga aku sentiasa ingin mencari kebaikan dan berbuat kebaikan.Jauhilah aku dari segala kajahatan manusia dan fitnah dunia..Rahmatilah juga pembaca mesej ini, kerana mereka adalah hamba Mu yang sentiasa berdoa untuk kebahgiaan di dunia dan di akhirat. Amin....

Kepada Pengunjung blog yang dihormati, Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010..Syukran..Wasallam..

Sekilas kenangan pada 22-23 Disember Di Hotel Selesa Johor Bahru

Saya adalah seseorang yang terlalu menghargai kenangan dan menghargai persahabatan..Sebab itulah jika ada ruang, saya suka mengabadikan kenangan bersama- sama kawan- kawan..Saya juga sering merindukan seseorang yang jujur dalam persahabatan. Menghargai kehadiran saya dan menerima saya seadanya, segala kelemahan dan kekurangan saya. Sebagaimana saya yang menerima segala kekurangan dan kelebihan sahabat dengan lapang dada.

Tetapi, adakalanya saya sering bertemu dengan insan yang hipokrit dalam persahabatan. 'Bermanis muka' di hadapan tetapi berkata dan memandang sinis terhadap kejujuran dan perbuatan saya di belakang.Alangkah hancurnya hati kita, apabila kita terpaksa menatap wajah setiap kali insan yan membenci kita ..Kita tahu segala apa yang diperkatakan tentang diri kita.Kita tahu dia sering memerhatikan gerak- geri kita dengan penuh rasa sangsi. Mengapa agaknya ada insan seperti ini?Penyakit hasad dengki seperti ini amat merbahaya.

Ya Allah,lindungilah diriku dari segala hasad dengki manusia...Saya berdoa semoga Allah s.w.t merahmati diri saya dan memberi hidayah kepada insan itu..

Di Hotel Selesa Johor Bahru

Pada hari 22-23 Disember 2009(Selasa dan Rabu),Saya telah berada di Hotel Selesa Johor Bahru dalam Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Program P1NCH 2010.Berkat kesungguhan semua juga,Draf Perlembagaan Majlis Panel Perunding P1NCH Negeri Johor(M3P JOHOR) telah dapat disediakan . Alhamdulillah...

Selasa, 22 Disember 2009

SALAM PERKENALAN


Salam ukhuwwah dan salam muhibbah kepada semua. Pada hari ini 22 Disember 2009 saya abadikan suatu sejarah dalam diari hidup saya dalam bidang perguruan dengan membina blog ini dengan bimbingan sahabat tersayang, Cikgu Faizah dari Pasir Gudang, Johor. Atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang berguna, hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Syukran....