Selasa, 29 Disember 2009

Rakan Seperjuangan 11

Antara kenangan terindah sepanjang berada di ambang 2009 ini ialah menjadi urusetia Program Cemerlang Akademik Pelajar Pemulihan Khas (CEKAP)2009 Peringkat Kebangsaan.Mengendalikan program yang cukup berprestij ini cukup membuatkan saya teruja.Segala keletihan hilang selagi semuanya 'diniatkan ' kerana Allah.Saya sempat mengabadikan kenangan bersama rakan- rakan.Mereka semuanya gembira dan adik- adik yang bergambar bersama saya penuh dengan aksi tersendiri..Gelak ketawa mengiringi aktiviti suaikenal dan aktiviti pelajar secara berkumpulan.Kami bergambar dan mengabadikan kenangan selepas selesai program pada malam itu di bilik urusetia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan