Khamis, 24 Disember 2009

Suami tersayang juga merupakan Guru Intervensi Program P1NCH Johor.


Beliau merupakan penggerak utama Program Intervensi di sekolahnya sejak diperkenalkan awal Program P1NCH(Program 100% Celik Huruf ) di negeri Johor.Amat berminat..dan pernah mengikuti kursus asas di Melaka ketika En. Musa menjadi Penolong Pengarah di Jabatan Pelajaran Negeri Johor.Alhamdulillah..Bila bidang kami sealiran,persefahaman suami isteri menjadi lebih mudah.Kami sering berkongsi idea dan bahan bantu mengajar dalam usaha mendidik anak bangsa.Adakalanya, beliau mengimbangi kesibukan dan ketiadaan saya apabila diarahkan berkursus di luar daerah.Semoga Allah s.w.t memberkati segala usaha kami berdua dalam meniti dunia perguruan..Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan