Ingin saya berkongsi cerita tentang barisan jurulatih Utama Daerah Segamat.Kami digelar Jurulatih Utama Pemulihan Khas 'One Malaysia 'kerana terdapat kombinasi pelbagai bangsa untuk membantu P1NCH(Program 1 % Celik Huruf Negeri Johor).Kunikan ini menjadi usikan guru- guru Pemulihan Khas yang lain.Apapun, saya gembira kerana masing- masing saling bekerjasama untuk menjayakan apa sehaja program secara sukarela dan secara kolektif. Segala kekuatan dan kelemahan digarap menjadi pasukan yang bekerja dengan sifat lapang dada serta bertolenrasi antara satu sama lain.
Saya sempat mengabadikan kenangan selepas sahaja menjayakan Kursus Penataran P1NCH peringkat Daerah. Biasanya mereka akan menjadikan sesi penggambaran ini untuk koleksi peribadi dan 'Album Kenangan.'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan