Khamis, 28 Januari 2010

Masjid Kristal Oh Masjid Kristal





Di masjid Kristal,saya sempat mengabadikan kenangan walaupun seketika.Alangkah indahnya kebesaran Illahi. Terasa rembang senja itu sungguh beerti kerana sempat menikmati panorama alam di Masjid Kristal ,Terengganu.Saya hentikan coretan tentang Kursus LINUS di Permai Inn dan pengalaman di tempat menarik setakat di sini. Kepada semua Guru Pemulihan Khas di seluruh Malaysia dan pengunjung blog ini, moga perkongsian pengalaman ini dapat dimanfaatkan bersama dan menyemarakkan momentum pengorbanan dan motivasi bekerja.Saya doakan rakan lain juga berpeluang sama suatu hari nanti.Apa yang penting adalah keikhlasan, kerana ianya membawa keberkatan.Syukran..

POTRET KENANGAN DI PANTAI BATU BUROK 2





Saya teruskan kembali coretan kenangan tentang keindahan panorama di Pantai Batu Burok Terengganu.Sesungguhnya, hidup ini adalah langkah- langkah perjalanan menuju kenangan pahit dan manis. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Terimalah seadanya anugerah Illahi kerana itulah yang terbaik buat kita. Sesungguhnya Allah maha mengetahui.Apa yang penting, semoga segala amal bakti kita ini menjadi bekalan kita menuju ke perkampungan akhirat yang kekal abadi."Ya Allah, berkatkanlah rezeki ku walau di mana diriku berada".

Selasa, 26 Januari 2010

POTRET KENANGAN DI PANTAI BATU BUROK TERENGGANU





Saya abadikan potret kenangan ketika bersiar- siar di Pantai Batu Burok , Kuala Terenganu.Dari Hotel Permai Inn, Terengganu..Kami berjalan kaki sahaja untuk ke Pantai Batu Burok. Menikmati panorama alam sambil makan keropok lekor, ikan dan udang serta sotong goreng bersalut tepung. Kami juga nampak orang bermain layang - layang dan ianya dijual di pinggir pantai.Oh..rupanya ada orang menaiki kuda sambil bersiar di pantai..Menariknya pemandangan di Pantai Batu Burok....

SEKILAS KENANGAN BERKURSUS DI PERMAI INN TERENGGANU 7





Ada beberapa orang rakan Jurulatih Utama Pemulihan Khas Negeri Johor yang yang sering bersama saya di mana - mana bila ada kesempatan berkursus. Merekalah penghibur saya ...Adakalanya gelak ketawa sering memecah suasana bila mereka membuat lawak.Gambar yang saya abadikan ini adalah sbahagian daripada rakan - rakan baik saya yang sempat saya rakamkan dalam ruangan blog ini untuk tatapan.Ramai lagi yang tidak dapat saya paparkan dalam ruangan ini.
.Alangkah bahagianya hidup ini jika sentiasa dikelilingi sahabat yang jujur dalam persahabatan dan menghargai kelebihan dan kekurangan kita seadanya.Mereka boleh menjadi 'pagar' yang membentengi kita, tika angin kuat datang melanda.Mereka akan menjadi 'payung' berlindung, jika hujan turun membasahi bumi.Mereka menjadi 'cermin'membetulkan diri kita jika kita terkhilaf..Bukan rakan yang hipokrit dan bermanis muka di depan tetapi menikam rakan dari belakang.Sesungguhnya, saya tidak memerlukan kawan hanya sekadar untuk mengiakan segala kata - kata dan tindakan saya. Tetapi , saya memerlukan sahabat yang berkata 'benar' pada situasi tertentu kerana kebenaran perlu dinyatakan walaupun pahit.Benarlah kata pujangga bahasa,persinggahan hidup di dunia ini seketika cuma.Sesungguhnya, kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar ditemu."Ya Allah..,kurniakanlah aku sahabat yang berhati mulia dan menerima segala kelebihan dan kekurangan diriku seadanya.Jauhkanlah diriku dari insan yang sering membenci dan tidak menyenangi diri ini.Amin...

SEKILAS KENANGAN BERKURSUS DI PERMAI INN TERENGGANU 6





Apabila berkursus, saya memang suka duduk dan berada di bahagian paling hadapan.Pertama, segala ilmu lebih mudah difahami.Ini adalah kerana selepas ini , saya perlu menyampaikan ceramah kepada 84 orang Guru Pemulihan Khas di 84 buah sekolah di daerah Segamat.Mingkin mereka akan dipanggil berkursus dan ceramah ini akan dipantau oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.Mereka akan turun ke setiap daerah semasa ceramah di jalankan agar penerangan di peringkat kebangsaan sampai ke peringkat akar umbi .Kedua, untuk menghilangkan rasa mengantuk bila 'waktu kecederaan 'tiba terutama menjelang petang selepas makan tengahari, saya suka duduk di hadapan sekali sekiranya memang berpeluang...Tapi,akibatnya..orang paling hadapan sering dipanggil ketika penglibatan aktiviti persembahan p&p LINUS..Hai.., apa nak buat. Sabar je lah..

SEKILAS KENANGAN BERKURSUS DI PERMAI INN TERENGGANU 5






Rakan- rakan juga sempat mengambil gambar saya ,sebagai kenangan semasa saya menjalankan aktiviti sepanjang berkursus.Semuanya akan tetap segar dalam memori sejarah dan menjadi kenangan sepanjang hayat.Adakalanya, sesekali menatap gambar berkursus, motivasi bekerja dan semangat untuk menjayakan misi Jabatan Pelajaran Johor subur kembali. Memang tidak dinafikan, bertugas rasmi di luar daerah menuntut kesabaran berjuta dan pengorbanan berganda.Keletihan memang ada, apatah lagi berjauhan dengan keluarga tersayang ....Tetapi, sebagai 'Yang Menurut Perintah', amanah mesti dilaksanakan sebaik mungkin.Kita adalah 'duta kecil' sekolah, daerah dan negeri.Imej organisasi dan nama baik JPNJ mesti dipelihara.
Ya Allah,jika inilah yang kami mampu kulakukan demi agama,bangsa dan tanahair..,sesungguhnya kami Ya Allah..
Engkau terimalah ibadah hambaMu yang hina ini dan rakan - rakanku .. Moga ia merupakan salah satu usaha yang sekelumit cuma untuk memberkatkan rezekikami dan mengumpul amal sebelum kami dipanggil Illahi...Amin..

Isnin, 25 Januari 2010

SEKILAS KENANGAN BERKURSUS DI PERMAI INN TERENGGANU 4



Saya tinggalkan seketika aktiviti santai di Kuala Terengganu.Berbalik cerita dan pengalaman semasa berkursus.Ada seorang rakan lagi sebenarnya yang tidak dapat menyertai aktiviti santai kami di Pasar Payang, Pantai Batu Burok dan Masjid Kristal atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.Pn. Ita Erdayu Bt. Shahidan namanya. Merupakan seorang Guru Cemerlang.Namun, kami tetap ingatkan beliau. Apa nak buat, adakalanya kita merancang ..Allah s.w.t jua yang menentukan. Tapi ,apa pun kita penuh percaya, perancangan dan ketentuan Allah s.w.t jua yang maha sempurna dan terbaik buat kita...Apa pun , bagi saya pengalaman berkursus di Permai Inn , Kuala Terengganu meninggalkan kenangan dan nostalgia manis yang sukar untuk dilupakan hingga ke akhir hayat.Hanya Allah jua yang maha mengetahui..

SEKILAS KENANGAN BERKURSUS DI PERMAI INN TERENGGANU 3





Alangkah nyamannya bersiar-siar di Pantai Batu Burok pada waktu petang.Melihat pemandangan waktu hampir di rembang senja .Sempat juga menikmati keropok lekor, sate ikan, sotong dan udang goreng bersalut tepung dicicah sos juga minum air kelapa muda.Alangkah enaknya...Bila bersama rakan - rakan, hilang seketika keletihan waktu berkursus dan minda akan berehat seketika.Saya sempat juga bergambar bersama seorang lagi rakan yang cukup sporting.. Hidayah namanya.Alamak..disuruhnya saya bergaya mangalahkan gaya seorang modelling..Ikut je lah Hidayah..janji kita bahagia...

SEKILAS KENANGAN BERKURSUS DI PERMAI INN TERENGGANU 2





Alangkah meriahnya suasana di Pasar Payang, Terengganu.Saya sempat mengabadikan kenangan di beberapa buah gerai. Sempat juga membeli keropok untuk dibawa pulang dan dijadikan ole- ole kepada rakan - rakan di sekolah.Suasana di kedai jualan batik juga cantik dan cukup membuatkan saya teruja.Kegiatan jualbeli di kalangan kaum wanita yang produktif di Terengganu cukup membuatkan saya teruja.Rakan- rakan dari Johor juga sempat mengabadikan kenangan bersama di hadapan gerai jualan di Pasar Payang.

SEKILAS KENANGAN DI PERMAI INN TERENGGANU





Walaupun aktiviti agak padat sehingga lewat malam, tetapi saya dan beberapa rakan Jurulatih Utama Pemulihan Khas dari Johor dan Pulau Pinang tidak melepaskan peluang untuk melawat beberapa tempat menarik di Terengganu. Kebetulan Kontijen dari Pulau Pinag datang dengan sebuah bas untuk berkursus, jadi kami dipelawa untuk ke Masjid Kristal dan Pasar Payang. Alhamdulillah...dapat juga kami melawat tempat yang menarik dan unik ini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bersiar- siar di Pantai Batu Burok apabila sesi petang slot kursusu tamat.

Kami tidak lama berada di Masjid Kristal. Memandangkan hari telah lewat petang, kami sempat mengabadikan kenangan sebelum waktu solat Maghrib menjelma.Subhanallah...betapa insahnya cipataan Allah s.w.t.

Khamis, 21 Januari 2010

KURSUS LINUS DI HOTEL PERMAI INN TERENGGANU 4





Walaupun aktiviti cukup padat tetapi dengan aksi dan lawak daripada peserta cukup menghiburkan. Terutama persembahan kumpulan dari Negeri Kelantan yang berkain pelikat macam orang nak masuk 'JAWI' atau bersunat. Potong..! Potong!. Begitulah antara usikan peserta lain..Banyak lagi aksi lain yang cukup melucukan dan meninggalkan kenangan manis.

KURSUS LINUS DI HOTEL PERMAI INN TERENGGANU 3




Kami sempat mengabadikan kenangan sebelum pulang.Semua kenangan manis tercatat indah dalam memori kehidupan.Semua kontijen Johor bergambar di pentas selepas tamat program hari ini. Kami diberi amanah agar menyampaikan ceramah di daerah masing - masing sebelum bulan Mac. Ini adalah kerana Program LINUS bermula 1-5 Mac 2010.Sempat juga mengabadikan kenangan bersama Pn.Nor Zalina Bt. Nasir, Penolong Pengarah Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rabu, 20 Januari 2010

KURSUS LINUS DI HOTEL PERMAI INN TERENGGANU 2




Terlalu banyak kenangan manis yang pasti sentiasa segar dalam memori.Kami diberi penerangan yang jelas tentang pelaksanaan LINUS yang bakal bermula pada 1- 5 Mac. Kami diberi peranan yang besar dalam menggalas tanggungjawab untuk membantu Guru - Guru LINUS dan Guru Tahun 1 di sekolah.Seramai 100 orang peserta begitu teruja dengan pelbagai aktiviti kumpulan yang cukup menghiburkan.

Selasa, 19 Januari 2010

KURSUS LINUS DI HOTEL PERMAI INN TERENGGANU DARUL IMAN

Saya tinggalkan coretan sebentar tentang Kem - Koakademik Peringkat Kebangsaan. Saya akan sambung semula catatan kenangan bila selesai mencoret tentang kursus yang sedang saya hadiri ini.
Bermula 18 Januari hingga 22 Januari 2010 saya teah diarahkan berkursus di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu Darul Iman.Seramai 2 orang dari setiap daerah telah dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor mewakili Negeri Johor Darul Takzim.Kursus Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Literasi Dan Numerasi (LINUS) Kepada Jurulatih Utama Pemulihan Khas telah melibatkan seramai 100 orang.Negeri yang terlibat ialah Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang , Perlis, Perak dan Pulau Pinang. Alhamdulillah....gembira bertemu dengan kawan - kawan dari pelbagai buah negeri.

Tepat jam 8.30 malam, kami telah mendengar taklimat dari Pn. Nor Zalina Bt. Nasir, Penolong Pengarah Pemulihan Khas dari Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.Ada 5 tujuan kami dikumpulkan di sini :
1)Memperkenalkan LINUS
2)Apa peranan Guru Pemulihan Khas?
3)Strategi P& P LINUS.
4)Bagaimana ia dilaksanakan.
5)Tindakan susulan.
Banyak aktiviti menarik dan menghiburkan . Sesekali terlupa sebentar keluarga yang ditinggalkan berjauhan.Saya terlibat juga dengan pelbagai aktiviti persembahan kumpulan yang pastinya meninggalkan kenangan yang sukar untuk dilupakan.Terasa cukup terhibur dan seakan ingin kembali ke alam kanak - kanak semula. Semasa terlibat dengan aktiviti bermain Galah Panjang dan menyusun huruf, nostalgia silam di alam kanak- kanak menjelma kembali.Cukup menghiburkan.
Saya hentikan coretan setakat di sini.Akan saya sambung bila berkelapangan nanti. Wassallam...

Isnin, 18 Januari 2010

KEM KOAKADEMIK 11




Banyak lagi kenangan indah di Golden Beach Resort , Desaru Johor.Saya tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan sebanyak mungkin. Entah bila lagi saya akan dapat berpeluang seperti ini. Apa pun, inilah antara koleksi abadi saya dalam album kenangan peribadi. Moga apabila sesekali saya menatap album ini suatu hari nanti, saya akan tersenyum sendiri apabila teringat memori silam.."Ya Allah..Aku bersyukur padaMU atas segala anugerah yang ku terima ini dalam bidang perguruan.Semoga aku sentiasa menjadi hambaMU yang sentiasa bersyukur..