Khamis, 14 Januari 2010

NADI UTAMA KEM KOAKADEMIK PERINGKAT KEBANGSAAN





Mejar Sazali Bin Abd.Hamid merupakan Penolong Pengarah Pemulihan Khas Negeri Johor.Hingga digelar 'Badang Johor' oleh Pn. Rozainum Bt. Ahmad , Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ketika perasmian penutup Kem Koakademik Peringkat Kebangsaan 2009. Beliau merupakan seorang yang tegas dan berprinsip. Memiliki keazaman yang tinggi untuk menjayakan sesuatu perkara.Bagi beliau,setiap perkara pasti akan berjaya jika setiap perancangan dibuat penuh teliti, berhati- hati dan disiplin yang tinggi dalam bekerja.Menjayakan program Kem Koakademik Peringkat Kebangsaan bukanlah suatu perkara yang mudah.Justeru, beliau akan sentiasa mamastikan semua urusetia meningkatkan wibawa dan potensi semaksimum mungkin.Menjaga imej organisasi iaitu Jabatan Pelajaran Johor ketika menjayakan program ini menjadi keutamaan beliau.

Saya senang bekerja bersama beliau dan sentiasa berfikiran positif.Walaupun teks juruacara, teks ucapan ,draf buku program yang mengandungi visi, misi, objektif dan sebagainya atau Draf Panel Perunding P1NCH yang saya tulis dipinda beberapa kali tetapi, saya tidak pernah rasa kecewa.Saya juga sentiasa akan melakukan yang terbaik. Jadi,biasanya saya akan menerima teguran atau penambahbaikan dengan penuh lapang dada.Sebenarnya,semangat profesionalisme yang tinggi , jiwa pengorbanan dan perjuangan serta kesabaran perlu ada kepada setiap individu..Menyedari, setiap insan penuh kelemahan..saya berusaha menjadi insan yang berlapang dada dalam setiap perkara. Sesungguhnya, segala kesempurnaan adalah milik Allah jua.Apa, yang penting..Keikhlasan dalam mencari redha Illahi..Itu pandangan jujur daripada saya.

"Ya Allah, kurniakanlah kami kesabaran yang tinggi dan kesihatan yang baik serta kemurahan rezeki untuk berbakti dan melaksanakan apa jua perkara yang diamanahkan dengan penuh keikhlasan demi mencari keredhaanMU.Jauhilah kami dari segala kejahatan,segala prasangka dan fitnah dunia.Inilah bekalan kami untuk mengumpul amal untuk berbudi sebelum kami pergi meninggaklan dunia yang fana ini. Amin..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan