Ada beberapa orang rakan Jurulatih Utama Pemulihan Khas Negeri Johor yang yang sering bersama saya di mana - mana bila ada kesempatan berkursus. Merekalah penghibur saya ...Adakalanya gelak ketawa sering memecah suasana bila mereka membuat lawak.Gambar yang saya abadikan ini adalah sbahagian daripada rakan - rakan baik saya yang sempat saya rakamkan dalam ruangan blog ini untuk tatapan.Ramai lagi yang tidak dapat saya paparkan dalam ruangan ini.
.Alangkah bahagianya hidup ini jika sentiasa dikelilingi sahabat yang jujur dalam persahabatan dan menghargai kelebihan dan kekurangan kita seadanya.Mereka boleh menjadi 'pagar' yang membentengi kita, tika angin kuat datang melanda.Mereka akan menjadi 'payung' berlindung, jika hujan turun membasahi bumi.Mereka menjadi 'cermin'membetulkan diri kita jika kita terkhilaf..Bukan rakan yang hipokrit dan bermanis muka di depan tetapi menikam rakan dari belakang.Sesungguhnya, saya tidak memerlukan kawan hanya sekadar untuk mengiakan segala kata - kata dan tindakan saya. Tetapi , saya memerlukan sahabat yang berkata 'benar' pada situasi tertentu kerana kebenaran perlu dinyatakan walaupun pahit.Benarlah kata pujangga bahasa,persinggahan hidup di dunia ini seketika cuma.Sesungguhnya, kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar ditemu."Ya Allah..,kurniakanlah aku sahabat yang berhati mulia dan menerima segala kelebihan dan kekurangan diriku seadanya.Jauhkanlah diriku dari insan yang sering membenci dan tidak menyenangi diri ini.Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan