Khamis, 14 Januari 2010

NADI KEDUA KEM KOAKADEMIK PERINGKAT KEBANGSAAN



En. Shahiran Bin Kamaruddin adalah Penyelia Pemulihan Khas Negeri Johor. Orangnya sentiasa cuba melakukan yang terbaik dalam semua perkara.Kombinasi bekerja yang mantap jika digandingkan dengan Mejar Sazali dalam merealisasikan P1NCH Johor.Secara peribadi, saya berpendapat beliau sentiasa cuba bersikap fleksibel dengan semua orang
apabila bekerja .Mudah didekati untuk bertanya pandangan dan masalah. Memiliki keazaman bekerja yang tinggi.Biasanya sekiranya ada kemusykilan dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan , saya akan menghubungi beliau untuk bertanya dan mendapat penjelasan lebih lanjut.

Gambar beliau berbaju merah bersama salah seorang pegawai JPN dari negeri lain diambil ketika program Kem Koakademik berlansung.Manakala, gambar kenangan yang seterusnya adalah ketika belaiu menyampaikan ceramah dalam Kursus Penataran P1NCH di daerah Segamat. Menerima cenderahati daripada Pn. Rosnah Bt. Yaacob, Pengerusi Panitia Pemuliahan Khas Daerah Segamat.

Beliau antara penggerak utama Program Kem Koakademik Murid Pemulihan/ Disleksia Peringkat Kebangsaan 2009.Saya doakan agar beliau sukses selalu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan