Selasa, 19 Januari 2010

KURSUS LINUS DI HOTEL PERMAI INN TERENGGANU DARUL IMAN

Saya tinggalkan coretan sebentar tentang Kem - Koakademik Peringkat Kebangsaan. Saya akan sambung semula catatan kenangan bila selesai mencoret tentang kursus yang sedang saya hadiri ini.
Bermula 18 Januari hingga 22 Januari 2010 saya teah diarahkan berkursus di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu Darul Iman.Seramai 2 orang dari setiap daerah telah dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor mewakili Negeri Johor Darul Takzim.Kursus Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Literasi Dan Numerasi (LINUS) Kepada Jurulatih Utama Pemulihan Khas telah melibatkan seramai 100 orang.Negeri yang terlibat ialah Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang , Perlis, Perak dan Pulau Pinang. Alhamdulillah....gembira bertemu dengan kawan - kawan dari pelbagai buah negeri.

Tepat jam 8.30 malam, kami telah mendengar taklimat dari Pn. Nor Zalina Bt. Nasir, Penolong Pengarah Pemulihan Khas dari Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.Ada 5 tujuan kami dikumpulkan di sini :
1)Memperkenalkan LINUS
2)Apa peranan Guru Pemulihan Khas?
3)Strategi P& P LINUS.
4)Bagaimana ia dilaksanakan.
5)Tindakan susulan.
Banyak aktiviti menarik dan menghiburkan . Sesekali terlupa sebentar keluarga yang ditinggalkan berjauhan.Saya terlibat juga dengan pelbagai aktiviti persembahan kumpulan yang pastinya meninggalkan kenangan yang sukar untuk dilupakan.Terasa cukup terhibur dan seakan ingin kembali ke alam kanak - kanak semula. Semasa terlibat dengan aktiviti bermain Galah Panjang dan menyusun huruf, nostalgia silam di alam kanak- kanak menjelma kembali.Cukup menghiburkan.
Saya hentikan coretan setakat di sini.Akan saya sambung bila berkelapangan nanti. Wassallam...

1 ulasan:

  1. Salam,
    Apa pandangan jujur saudara berkaitan LINUS.Terutama dr segi kecukupan doktor pakar utk memeriksa murid yg gagal dlm ujian saringan.TK

    BalasPadam