Jumaat, 26 Mac 2010

SEKILAS KENANGAN 2010


Pn.Hafidzah merupakan sahabat yang baik dan sering membantu.Walaupun adakalannya kesibukan membataskan pertemuan,tetapi kami sering berhubung melalui telefon.Apa pun,yang paling penting ialah kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan adalah kunci kepada silaturrahim berpanjangan.

Khamis, 25 Mac 2010

SEKILAS KENANGAN MESYUARAT AGUNG PERGERAKAN PUTERI ISLAM 2010


Ya..Allah..Semoga segala amal dan baktiku yang sekelumit ini ada nilainnya di sisi Mu ...Berkatilah perjalanan hidupku di dunia dan di akhirat..Amin...

SEKILAS KENANGAN DI MESYUARAT AGUNG PERGERAKAN PUTERI ISLAM DAERAH SEGAMAT 2010




Terdapat juga gerai jualan tshirt dan tudung pada hari tersebut.Tshirt ini direka khas ke arah penutupan aurat yang lebih sempurna.Saya juga sempat mengabadikan kenangan bersama rakan seperjuangan yang juga merupakan AJK Puteri Islam Daerah Segamat.Pn. Hafidzah Bt. Kamusi,dari Sk. Kg . Tenang Segamat. Moga ukhuwwah antara kami berpanjangan.Amin...

Rabu, 24 Mac 2010

Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Segamat 3


AJK Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Daerah Segamat juga sempat mengabadikan kenangan sejurus selepas mesyuarat tamat.Saya sempat juga bergambar bersama rakan seperjuangan untuk diabadikan sebagai tanda kenangan.

Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Daerah Segamat 2




Ini adalah antara potret kenangan yang sempat diabadikan sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung.Hampir semua guru penasihat dari sekolah rendah dan menengah hadir .

Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Segamat 1

Selaku yang diamanahkan sebagai Pengerusi Panel Penilai Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Segamat pada kali ini , saya hanya mampu berdoa agar Allah s.w.t sentiasa memberi kekuatan untuk terus aktif memberi sumbangan kepada Daerah Segamat.Kalau pada tahun lepas, saya diberi amanah sebagai Naib Pengerusi Panel Penilai Pergerakan Puteri Islam Daerah Segamat,kini amanah itu semakin bertambah..Rasanya telah hampir 6 tahun saya menjadi AJK Puteri Islam Daerah Segamat.
Kalaulah diberi pilihan,ingin sahaja saya menolaknya.Tetapi,sebenarnnya sejak berada di sekolah rendah, menengah dan di maktab,Unit Beruniform Puteri Islam telah lama bersebati dalam diri..Saya telah menjawat jawatan AJK dan Pengerusi sejak di bangku sekolah lagi. Di Maktab Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang, saya telah diamanahkan menjadi Naib Pengerusi Pergerakan Puteri Islam.

Bila menjejakkan kaki semula ke sekolah apabila bergelar pendidik, saya juga terus diberi amanah menjadi Guru Penasihat Puteri Islam.Yang menariknya, saya berjumpa semula dengan guru - guru lama saya di Daerah Segamat kebanyakannya kini telah menjadi Pegawai di Pejabat Pelajaran dan Pengetua.Lagi sukar nak menolak, maklumlah cikgu kita ada kat situ.Di Negeri Johor,Pengerusi dan Timbalan Pengerusi adalah automatik pengetua sekolah.Ha..itulah cikgu saya. Pn. Hjh Zalaha bt. Said, Pengetua SMK Paduka Tuan , Segamat dan Pn . Muriatun Bt. Hj. Mohd. Said , Pengetua dari salah sebuah sekolah di Labis.Pada hari mesyuarat, semua pengetua diarahkan berada di Melaka. Jadi , mereka tidak dapat bersama pada kali ini, walaupun tarikh mesyuarat ini telah dipilih mengikut kelapangan beliau.

Adakalanya,kita tidak banyak boleh membuat pilihan dalam hidup ini. Mungkin ini yang telah ditakdirkan kepada saya, walaupun ia menuntut masa rehat pada hujung minggu.Saya hanya mampu berdoa agar Allah swt sentiasa memberi kekuatan agar sentiasa mampu memberi sumbangan walau di mana saja saya berada. Semoga usaha 'kecil' ini ada nilainnya di sisi Allah s.w.t.

Selasa, 23 Mac 2010

Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Segamat 2010


Pada 24 Februari saya telah menjadi pengacara majlis Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Segamat di SMK Paduka Tuan. Mesyuarat dan acara bermula jam 3.00 petang. Rasanya hampir hampir 6 tahun saya menjadi AJK Puteri Islam Daerah Segamat. Kalau pada tahun lepas, saya merupakan Naib Pengerusi Penel Penilai Daerah Segamat,kali ini saya diamanahkan pula menjadi Pengerusi Panel Penilai Pergerakan Puteri Islam sesi 2010.

Unit Beruniform Puteri Islam merupakan bidang yang sebati dalam diri saya. Sejak berada di sekolah rendah,menengah dan maktab saya telah menjawat jawatan sebagai AJK dan Pengerusi. Di Maktab Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang juga saya telah menjadi Naib Pengerusi Pergerakan Puteri Islam .Saya optimis , melalui cara ini saya dapat memimpin puteri harapan dan remaja Islam agar menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.

Khamis, 4 Mac 2010

Sekilas Kenangan Taklimat Linus & Intervensi 2



Segalanya indah dalam kenangan. "Ya Allah..berkatilah usaha kami.Kurniakanlah kami kekuatan dalam menggalas amanah dan cabaran yang berat ini. Lindungilah kami dari segala kejahatan manusia dan fitnah dunia. Sesungguhnya, segala kesempurnaan adalah milik MU Ya Allah.......Ampunilah kami atas segala kelemahan kami dalam melaksanakan amanah ini.Amin....

Sekilas Kenangan Taklimat LINUS & INTERVENSI



IInilah antara potret kenangan yang sempat dirakamkan sebagai tanda kenangan .Apa yang penting, tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan perlu digalas dengan penuh komitmen dan dedikasi. Selamat bertugas kepada semua guru Pemulihan Khas Daerah Segamat! Anda boleh ! Segamat hebat..! Usaha dan tawakal senjata utama dalam mencapai kejayaan. Terus berusaha.........

Kursus LINUS & INTERVENSI 5




Inilah antara potret kenangan sepanjang majlis berlangsung. Kami sangat bertuah kerana dapat mendengar mutiara ilmu daripada Mejar Sazali Bin Abd. Hamid dan Encik Shahiran Bin Kamaruddin.Penyampaian cenderahati disampaikan kepada para penceramah.Segala kemusyikalan tentang peranan Guru Pemulihan dalam menjalankan Program LINUS peringkat kementerian telah terlerai.

Terima kasih diucapkan kepada Mejar Sazali dan En Shahiran yang sudi berkongsi maklumat tentang usaha ke arah menjayakan PINCH Negeri Johor.

Kursus LINUS dan Intervensi 4




Tugas Mejar Sazali Bin Abd. Hamid bersama Guru Intervensi Daerah segamat disambung sebentar oleh Encik Shahiran Bin Kamaruddin sementara Mejar Sazali Bin Abd. Hamid menyampaikan ceramah seterusnya tentang 'Tugas Dan Peranan Guru Pemulihan Khas Dalam Menjayakan Program LINUS".

Saya dan Cikgu Afraz juga menyampaikan slot yang telah diamanahkan. Kami bergilir berceramah kerana 2 program berjalan serentak dalam satu masa dan di tempat yang sama dan berdekatan bangunan.

Kursus LINUS & Intervensi Daerah Segamat 3




Turut hadir bersama kami pada hari itu ialah En. Masnawi Bin Shamsuddin(Pegawai Khas Pendidikan Khas)Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Selepas Taklimat Halatuju PINCH 2010,Mejar Sazali Bin Abd. Hamid dan Encik Shahiran Bin Kamaruddin bersama Guru Intervensi Daerah Segamat di Bilik Mesyuarat.

Selepas waktu rehat,taklimat disambung oleh Encik Shahiran Bin Kamaruddin. Pertemuan ini sangat bermakna bagi mereka bagi menjelaskan peranan mereka bagi menjayakan PINCH 2010. Kelihatan mereka khusyuk mendengar taklimat.Banyak kemusyiklan telah terlerai dan semua peserta berpuashati dengan penerangan yang diberi.

Taklimat LINUS dan Intervensi Daerah Segamat 2



Setelah selesai taklimat Halatuju PINCH 2010, Guru Intervensi telah beredar ke Bilik Mesyuarat untuk sesi ceramah dan taklimat seterusnya bersama Mejar Sazali dan Encik Shahiran ,manakala Guru Pemulihan Khas pula berada di Bilik Seminar SMKA Segamat untuk mendengar Program LINUS. Saya dan Cikgu Afraz menyampaikan slot seterusnya. Saya juga telah menyampaikan Instrumen Ujian Pelepasan Tahap 2 Pemulihan Khas bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik .

Manakala Cikgu Afraz menyampaikan Storyline LINUS kepada Guru Pemulihan Khas Daerah Segamat.Selepas itu, saya menyambung tugasan seterusnya dengan menerangkan modul LINUS Bahasa Melayu dan Matematik.Apa yang penting , mereka perlu mengetahui, murid tahun 1 yang gagal Konstruk 1 dan 2 adalah murid yang perlu dibantu oleh Guru Pemulihan Khas di seluruh Malaysia.

Taklimat LINUS & INTERVENSI Daerah Segamat 2010




Salam ukhuwwah buat semua pengunjung blog ini di seluruh Malaysia. Maaf kerana agak lama menyepi tanpa khabar berita.Keterbatasan waktu dan kesibukan tugas membataskan segalanya. Mungkin ramai ingin melayari blog ini dan terpaksa menutupnya dengan wajah hampa lantaran perkongsian cerita masih belum di 'update'.

Pada 3 Mac,bertempat di SMKA Segamat..Semua 84 orang Guru Pemulihan Khas Daerah Segamat dan 20 orang Guru Intervensi telah mendengar taklimat tentang LINUS (LITERASI & NUMERASI)dan Peranan Guru Intervensi dalam menjayakan PINCH Negeri Johor.
Mejar Sazali Bin Abd. Hamid(Penolong Pengarah Pemulihan Khas Negeri Johor ) dan En. Shahiran Bin Kamaruddin (Penyelia Pemulihan Khas Negeri Johor)telah menyampaikan taklimat.Saya juga telah diamanahkan menyampaikan taklimat bersama Cikgu Afraz dari Sk. Sri Bali Chaah.

Majlis dimulakan dengan baccan doa disusuli dengan Taklimat Mejar Sazali Bin Abd. Hamid berkaitan 'Halatuju PINCH 2010'.