Selasa, 23 Mac 2010

Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Segamat 2010


Pada 24 Februari saya telah menjadi pengacara majlis Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Segamat di SMK Paduka Tuan. Mesyuarat dan acara bermula jam 3.00 petang. Rasanya hampir hampir 6 tahun saya menjadi AJK Puteri Islam Daerah Segamat. Kalau pada tahun lepas, saya merupakan Naib Pengerusi Penel Penilai Daerah Segamat,kali ini saya diamanahkan pula menjadi Pengerusi Panel Penilai Pergerakan Puteri Islam sesi 2010.

Unit Beruniform Puteri Islam merupakan bidang yang sebati dalam diri saya. Sejak berada di sekolah rendah,menengah dan maktab saya telah menjawat jawatan sebagai AJK dan Pengerusi. Di Maktab Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang juga saya telah menjadi Naib Pengerusi Pergerakan Puteri Islam .Saya optimis , melalui cara ini saya dapat memimpin puteri harapan dan remaja Islam agar menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan