Khamis, 4 Mac 2010

Taklimat LINUS dan Intervensi Daerah Segamat 2



Setelah selesai taklimat Halatuju PINCH 2010, Guru Intervensi telah beredar ke Bilik Mesyuarat untuk sesi ceramah dan taklimat seterusnya bersama Mejar Sazali dan Encik Shahiran ,manakala Guru Pemulihan Khas pula berada di Bilik Seminar SMKA Segamat untuk mendengar Program LINUS. Saya dan Cikgu Afraz menyampaikan slot seterusnya. Saya juga telah menyampaikan Instrumen Ujian Pelepasan Tahap 2 Pemulihan Khas bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik .

Manakala Cikgu Afraz menyampaikan Storyline LINUS kepada Guru Pemulihan Khas Daerah Segamat.Selepas itu, saya menyambung tugasan seterusnya dengan menerangkan modul LINUS Bahasa Melayu dan Matematik.Apa yang penting , mereka perlu mengetahui, murid tahun 1 yang gagal Konstruk 1 dan 2 adalah murid yang perlu dibantu oleh Guru Pemulihan Khas di seluruh Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan