Rabu, 24 Mac 2010

Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Segamat 1

Selaku yang diamanahkan sebagai Pengerusi Panel Penilai Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Segamat pada kali ini , saya hanya mampu berdoa agar Allah s.w.t sentiasa memberi kekuatan untuk terus aktif memberi sumbangan kepada Daerah Segamat.Kalau pada tahun lepas, saya diberi amanah sebagai Naib Pengerusi Panel Penilai Pergerakan Puteri Islam Daerah Segamat,kini amanah itu semakin bertambah..Rasanya telah hampir 6 tahun saya menjadi AJK Puteri Islam Daerah Segamat.
Kalaulah diberi pilihan,ingin sahaja saya menolaknya.Tetapi,sebenarnnya sejak berada di sekolah rendah, menengah dan di maktab,Unit Beruniform Puteri Islam telah lama bersebati dalam diri..Saya telah menjawat jawatan AJK dan Pengerusi sejak di bangku sekolah lagi. Di Maktab Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang, saya telah diamanahkan menjadi Naib Pengerusi Pergerakan Puteri Islam.

Bila menjejakkan kaki semula ke sekolah apabila bergelar pendidik, saya juga terus diberi amanah menjadi Guru Penasihat Puteri Islam.Yang menariknya, saya berjumpa semula dengan guru - guru lama saya di Daerah Segamat kebanyakannya kini telah menjadi Pegawai di Pejabat Pelajaran dan Pengetua.Lagi sukar nak menolak, maklumlah cikgu kita ada kat situ.Di Negeri Johor,Pengerusi dan Timbalan Pengerusi adalah automatik pengetua sekolah.Ha..itulah cikgu saya. Pn. Hjh Zalaha bt. Said, Pengetua SMK Paduka Tuan , Segamat dan Pn . Muriatun Bt. Hj. Mohd. Said , Pengetua dari salah sebuah sekolah di Labis.Pada hari mesyuarat, semua pengetua diarahkan berada di Melaka. Jadi , mereka tidak dapat bersama pada kali ini, walaupun tarikh mesyuarat ini telah dipilih mengikut kelapangan beliau.

Adakalanya,kita tidak banyak boleh membuat pilihan dalam hidup ini. Mungkin ini yang telah ditakdirkan kepada saya, walaupun ia menuntut masa rehat pada hujung minggu.Saya hanya mampu berdoa agar Allah swt sentiasa memberi kekuatan agar sentiasa mampu memberi sumbangan walau di mana saja saya berada. Semoga usaha 'kecil' ini ada nilainnya di sisi Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan