Khamis, 4 Mac 2010

Taklimat LINUS & INTERVENSI Daerah Segamat 2010




Salam ukhuwwah buat semua pengunjung blog ini di seluruh Malaysia. Maaf kerana agak lama menyepi tanpa khabar berita.Keterbatasan waktu dan kesibukan tugas membataskan segalanya. Mungkin ramai ingin melayari blog ini dan terpaksa menutupnya dengan wajah hampa lantaran perkongsian cerita masih belum di 'update'.

Pada 3 Mac,bertempat di SMKA Segamat..Semua 84 orang Guru Pemulihan Khas Daerah Segamat dan 20 orang Guru Intervensi telah mendengar taklimat tentang LINUS (LITERASI & NUMERASI)dan Peranan Guru Intervensi dalam menjayakan PINCH Negeri Johor.
Mejar Sazali Bin Abd. Hamid(Penolong Pengarah Pemulihan Khas Negeri Johor ) dan En. Shahiran Bin Kamaruddin (Penyelia Pemulihan Khas Negeri Johor)telah menyampaikan taklimat.Saya juga telah diamanahkan menyampaikan taklimat bersama Cikgu Afraz dari Sk. Sri Bali Chaah.

Majlis dimulakan dengan baccan doa disusuli dengan Taklimat Mejar Sazali Bin Abd. Hamid berkaitan 'Halatuju PINCH 2010'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan