Rabu, 22 September 2010

PEPERIKSAAN UPSR 2010

Pada 21-23 September 2010, seramai 68 calon UPSR sekolah Sk. LKTP Kemelah telah mengambil peperiksaan yang diadakan serentak di seluruh negara.Debaran seorang guru ,juga seorang ibu semakin terasa bila memandang wajah puteri sulung saya, Nur Hasanatul Fadhillah Bt. Maarof.Selain seorang ketua Pengawas sekolah, sudah pasti calon harapan sekolah seperti dirinya cuba untuk mendapat 5A dalam keputusan UPSR.Moga ramai calon Sk. LKTP Kemelah mampu mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR dan beroleh kejayaan cemerlang...

Papa tanda yang dipaparkan oleh pihak sekolah, agar semua pelajar senyap dan jangan melalui lorong yang ditetapkan.

Mudaha- mudahan tips di saat akhir membekas di minda pelajar

Para pelajar tekun mendengar beberapa tips daripada guru di kantin sebelum ke dewan peperiksaan

Terima kasih cikgu...

Menerima pensil dan pemadam daripada Cikgu Aminoor..sponser dari PIBG ke?

Hem..ada juga calon UPSR yang patah kaki akibat menunggang motosikal..Nasib baik tak ambil exam di hospital...

Debaran menunggu masuk ke dewan peperiksaan...,walaupan semuanya tersenyum tetapi pasti segalanya cuba disembunyikan agar terus berkeyakinan menjawab soalan..

SEKILAS KENANGAN BERSAMA AKSI ANAK TERSAYANG


Dua oran putera saya, Muhammad Aiman Zul Hakim dan Muhammad Irfan Mukhlis yang akan mengambil bahagian sempena Penutupan Bulan Patriotik peringkat sekolah...Bersemangat betul!

Irfan bersedia untuk menyertai Pertandingan Pakaian Beragam..

Aiman akan mendeklamasikan sajak

Peserta Pakaian Beragam...

Aksi Irfan ketika makan di kantin....

Aksi mereka di kantin sekolah...

Aiman dan Irfan bersama peserta lain menunggu giliran

Muhammad Aiman menerima hadiah..Naib Johan Pertandingan Mewarna..

PENUTUPAN BULAN PATRIOTIK (2)

Hari Sabtu,18 September 2010 merupakan sekolah berganti bagi Sk. Kemelah. Telah berlangsung Majlis Penutupan Bulan Patriotik yang cukup meriah...Pelbagai acara telah diadakan anjuran Kelab Rukunegara di bawah kelolaan Pn. Yati Bt.Othman.Antaranya ialah, Pertandingan Kuiz,Pertandingan Mewarna, Pertandingan koir, Pertandingan Basikal Tercantik dan pertandingan Pakaian Beragam.Perutusan ucapan telah dibacakan oleh pihak pentadbir sekolah. Persembahan istimewa daripada guru juga diadakan..Ambio!..Meriahnya....

Memupuk generasi masa hadapan agar cintakan negara..

Para pelajar berada di astaka menyanyikan lagu patriotik

Barisan guru lelaki menyanyikan lagu patriotik sempena Majlis Penutupan Bulan Patriotik peringkat sekolah..

Barisan pendidik menyanyikan lagu patriotik

Mengabadikan kenangan bersama rakan seperguruan..

Pertandingan basikal tercantik

Antara hadiah yang bakal dimenangi...

Mengambil gambar Cikgu Yusri.Dia merupakan 'camera man sekolah'...asyik ambil gambar aktiviti sekolah je..Hinggakan gambar dia sendiri selalu tiada...

MAJLIS PENUTUPAN BULAN PATRIOTIK 2010


Aksi Tn. Hj. Mazlan Bin Othman ketika mengakhiri bacaan perutusan Hari Kemerdekaan mewakili pentadbir sekolah...Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Pn. Saptiah menerima cenderahati setelah mendeklamasikan sajak

Ustaza Khairunniesyak menerima cenderahati setelah membuat persembahan

Cikgu Aminoor menerima hadiah setelah membuat persembahan istimewa..

Muhammad Irfan Mukhlis, anak saya yang ke 3, muncul sebagai Naib Johan Pertandingan Beragam sempena Bulan Patriotik 2010.

Muhammad Aiman Zulhakim, anak saya yang ke 2 muncul sebagai Naib Johan Pertandingan mewarna..

Jumaat, 17 September 2010

MAJLIS PENYERAHAN ILMU

Pada hari Jumaat,17 September 2010 berlangsung Majlis Penyerahan Ilmu .Majlis diadakan di astaka sekolah.Ramai ibu bapa yang hadir.Majlis bermula jam 10.00 pagi..


Debaran seorang ibu dan juga guru...

Sementara menunggu majlis bermula..

Ucapan Tn. Hj. Sahak Bin Hamzah, Guru Besar LKTP Kemelah kepada ibu bapa dan calon UPSR.

Ucapan En. Zamaluddin Bin Saringat, NYDP PIBG

Ucapan Cikgu Hamidun mewakili guru mata pelajaran Bahasa Melayu.

Ucapan Cikgu Salhawati mewakili guru matapelajaran Sains

Ucapan Cikgu Saptiah mewakili guru matapelajaran Matematik

Ucapan Cikgu Aminoor mewakili guru mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Mengetuai Ikrar Pelajar sebelum majlis berakhir.

Ikrar dibaca dengan diketuai oleh Ketua Pengawas, Nur Hasanatul Fadhillah Bt. Maarof.

Calon UPSR bersalaman dengan guru dan ibu bapa masing- masing.Diikuti oleh majlis bersalaman anatara ibu- bapa dan guru.

Sebahagian daripada calon harapan sekolah...

Calan UPSR beraksi selepas program tamat.

HARI LAHIR CIKGU HAMIDUN


Potret kenangan yang pasti akan menjadi kenangan manis dalam sejarah persahabatan antara Cikgu Hamidun dan kami sekeluarga.
Uniknya ialah :
1. Kami bersekolah tadika bersama sejak kecil .Kami masih ada lagi rakan lain seperti Farah Diba Awal., Maria Othman, Suzi Sidek dan lain- lain yang masih berhubung hingga kini.
2. Bersekolah sama dari Sk. LKTP Kemelah tahun 1- 6, SMK Tenang Stesen tingkatan 1-3, SMK Paduka Tuan tingkatan 4-5,SMK Dato Bentara Dalam tingkatan 6 dan tinggal di asrama Putera dan Puteri masing- masing.
3.Kebetulan, menjadi guru sandaran pun di sekolah yang sama iaitu Sk. Felda Redong sebelum meneruskan pengajian di maktab yang berlainan.
4.Yang kelakarnya,hari pertama posting..kami tak sangka,secara kebetulan melaporkan diri serentak di sekolah asal kami dan tempat kami sendiri iaitu di SK.LKTP Kemelah yang banyak melakar sejarah kami sepanjang menjadi dewasa.
5.Cikgu Hamidun dan suami saya belajar dan mengambil lesen kereta bersama.Sejarah persahabatan kami diteruskan apabila saya berumahtangga kerana beliau agak rapat dengan suami saya.
Cuma, bermula 27 September 2010 ini , beliau telah ditempatkan di Pejabat Pelajaran Segamat sebagai Pegawai Fassilinus setelah berkhidmat selama 13 tahun...Tahniah!Hem, tanpa disedari, dah 13 tahun juga saya berada di Sk. LKTP Kemelah..


Sempat mengabadikan kenangan bersama emak Cikgu Hamidun.Kami rapat kerana biasanya setiap kali hari raya, saya dan suami sekeluarga pasti akan berkunjung ke rumahnya, Bila hari raya pertama, sempat kami bertukar juadah tetapi bila keluarga semakin membesar, dah tak sempat seperti dulu..


Suasana gembira dan gelak ketawa memecah suasana apabila mereka menikmati jamuan di ruang tamu


Wah!Gembiranya dapat kek daripada Cikgu Aminoor...


Aiman menerima kek kesukaannya..


Cikgu Hamidun di bantu oleh Cikgu Aminoor sedang membantu mengagihkan kek kepada pelajar .
Pada hari semalam, 16 September 2010 bersamaan hari Ahad adalah hari lahir rakan sepersekolahan saya suatu ketika dulu yang kini merupakan rakan seperguruan di Sk. LKTP Kemelah.Cikgu Hamidun merupakan guru tahun 6 dan mengajar kelas tambahan bagi calon UPSR yangakan menempuh peperiksaan beberapa hari lagi.Selepas tamat kelas tambahan, rupanya ada majlis kesyukuran meraikan Ulangtahun Kelahiran beliau yang ke 37 tahun.Semua pelajar tahun 6 telah berkumpul di rumahnya selepas menghadiri kelas tambahan.
Selepas menjemput Husna yang merupakan puteri sulung saya dari kelas tambahan,kami sekeluarga telah berkunjung ke rumahnya.Amboi! Meriahnya suasana...

Rabu, 15 September 2010

BAGAIMANAKAH NASIB GENERASI PEWARIS MASA DEPAN NEGARA?



Al Fatihah....



Pembunuhan ngeri ,jutawan kosmetik Alyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi iaitu Alyarham Kamaruddin Shamsuddin(pemandu),Noor Hisham Mohammad(pegawai bank) dan Peguam Ahmad Kamil Abd. Karim (peguam) telah menggemparkan negara.Kehilangan mereka sejak 30 0gos lalu terjawab sudah.Yang menyedihkan,keempat- empat mereka dipukul, dibunuh,dibakar dan abunya dibuang di sungai.Amat memilukan ..kerana kehilangan sejak penghujung Ramadhan berakhir dengan penemuan kes diambang Aidilfitri...Pembunuhan mereka mendapat liputan hangat dan sensasi di media arus perdana.

Alfatihah untuk mereka .Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Terfikir saya sejenak, bagaimanakah nasib generasi pewaris masa depan negara pada masa akan datang? Mampukan golongan pendidik di seluruh Malaysia mendidik generasi anak bangsa hari ini yang masih di usia'rebung' agar menjadi warganegara yang berakhlak mulia dan memiliki sahsiah yang terpuji..?Sekurang- kurangnya kita tidak mahu mereka menjadi pembunuh kejam yang hanya mahu mendapatkan wang dan kemewahan dengan cara yang singkat dan tidak bermaruah..

Kedua, Saya juga terfikir sejenak..,bagaimanakah nasib anak kita jika berada di gelanggang masyarakat suatu hari nanti. Apakah mereka mampu mempertahankan diri dari gangguan penjenayah yang begitu kejam dan sentiasa bermaharajalela?Cabaran generasi alaf baru lebih mencabar pada masa akan datang.."Ya Allah, lindungilah kami dari segala mara bahaya dan bencana,kejahatan manusia dan hasad dengki sesama insan..Tempatkanlah kami bersama golongan yang beriman. Moga kami mampu menjadi insan yang berbahagia bukan sahaja di dunia malahan juga di akhirat.. Amin..