Al Fatihah....
Pembunuhan ngeri ,jutawan kosmetik Alyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi iaitu Alyarham Kamaruddin Shamsuddin(pemandu),Noor Hisham Mohammad(pegawai bank) dan Peguam Ahmad Kamil Abd. Karim (peguam) telah menggemparkan negara.Kehilangan mereka sejak 30 0gos lalu terjawab sudah.Yang menyedihkan,keempat- empat mereka dipukul, dibunuh,dibakar dan abunya dibuang di sungai.Amat memilukan ..kerana kehilangan sejak penghujung Ramadhan berakhir dengan penemuan kes diambang Aidilfitri...Pembunuhan mereka mendapat liputan hangat dan sensasi di media arus perdana.
Alfatihah untuk mereka .Semoga rohnya dicucuri rahmat..
Terfikir saya sejenak, bagaimanakah nasib generasi pewaris masa depan negara pada masa akan datang? Mampukan golongan pendidik di seluruh Malaysia mendidik generasi anak bangsa hari ini yang masih di usia'rebung' agar menjadi warganegara yang berakhlak mulia dan memiliki sahsiah yang terpuji..?Sekurang- kurangnya kita tidak mahu mereka menjadi pembunuh kejam yang hanya mahu mendapatkan wang dan kemewahan dengan cara yang singkat dan tidak bermaruah..
Kedua, Saya juga terfikir sejenak..,bagaimanakah nasib anak kita jika berada di gelanggang masyarakat suatu hari nanti. Apakah mereka mampu mempertahankan diri dari gangguan penjenayah yang begitu kejam dan sentiasa bermaharajalela?Cabaran generasi alaf baru lebih mencabar pada masa akan datang.."Ya Allah, lindungilah kami dari segala mara bahaya dan bencana,kejahatan manusia dan hasad dengki sesama insan..Tempatkanlah kami bersama golongan yang beriman. Moga kami mampu menjadi insan yang berbahagia bukan sahaja di dunia malahan juga di akhirat.. Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan