Jumaat, 17 September 2010

HARI LAHIR CIKGU HAMIDUN


Potret kenangan yang pasti akan menjadi kenangan manis dalam sejarah persahabatan antara Cikgu Hamidun dan kami sekeluarga.
Uniknya ialah :
1. Kami bersekolah tadika bersama sejak kecil .Kami masih ada lagi rakan lain seperti Farah Diba Awal., Maria Othman, Suzi Sidek dan lain- lain yang masih berhubung hingga kini.
2. Bersekolah sama dari Sk. LKTP Kemelah tahun 1- 6, SMK Tenang Stesen tingkatan 1-3, SMK Paduka Tuan tingkatan 4-5,SMK Dato Bentara Dalam tingkatan 6 dan tinggal di asrama Putera dan Puteri masing- masing.
3.Kebetulan, menjadi guru sandaran pun di sekolah yang sama iaitu Sk. Felda Redong sebelum meneruskan pengajian di maktab yang berlainan.
4.Yang kelakarnya,hari pertama posting..kami tak sangka,secara kebetulan melaporkan diri serentak di sekolah asal kami dan tempat kami sendiri iaitu di SK.LKTP Kemelah yang banyak melakar sejarah kami sepanjang menjadi dewasa.
5.Cikgu Hamidun dan suami saya belajar dan mengambil lesen kereta bersama.Sejarah persahabatan kami diteruskan apabila saya berumahtangga kerana beliau agak rapat dengan suami saya.
Cuma, bermula 27 September 2010 ini , beliau telah ditempatkan di Pejabat Pelajaran Segamat sebagai Pegawai Fassilinus setelah berkhidmat selama 13 tahun...Tahniah!Hem, tanpa disedari, dah 13 tahun juga saya berada di Sk. LKTP Kemelah..


Sempat mengabadikan kenangan bersama emak Cikgu Hamidun.Kami rapat kerana biasanya setiap kali hari raya, saya dan suami sekeluarga pasti akan berkunjung ke rumahnya, Bila hari raya pertama, sempat kami bertukar juadah tetapi bila keluarga semakin membesar, dah tak sempat seperti dulu..


Suasana gembira dan gelak ketawa memecah suasana apabila mereka menikmati jamuan di ruang tamu


Wah!Gembiranya dapat kek daripada Cikgu Aminoor...


Aiman menerima kek kesukaannya..


Cikgu Hamidun di bantu oleh Cikgu Aminoor sedang membantu mengagihkan kek kepada pelajar .
Pada hari semalam, 16 September 2010 bersamaan hari Ahad adalah hari lahir rakan sepersekolahan saya suatu ketika dulu yang kini merupakan rakan seperguruan di Sk. LKTP Kemelah.Cikgu Hamidun merupakan guru tahun 6 dan mengajar kelas tambahan bagi calon UPSR yangakan menempuh peperiksaan beberapa hari lagi.Selepas tamat kelas tambahan, rupanya ada majlis kesyukuran meraikan Ulangtahun Kelahiran beliau yang ke 37 tahun.Semua pelajar tahun 6 telah berkumpul di rumahnya selepas menghadiri kelas tambahan.
Selepas menjemput Husna yang merupakan puteri sulung saya dari kelas tambahan,kami sekeluarga telah berkunjung ke rumahnya.Amboi! Meriahnya suasana...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan