Rabu, 30 Jun 2010

JOHAN BERCERITA PERINGKAT KEBANGSAAN HARI PUTERI ISLAM 2010



"Ya Allah..Aku bersyukur atas segala anugerahMU..Semoga segala amal bakti yang telah ku lakukan ,ada nilaianNYA di sisiMU dan dapat menjadi bekalan menuju perkampungan akhirat yang kekal dan abadi..Hanya satu tujuan hidupku, bertemu MU di syurga..Permudahkanlah urusan hidupku di dunia dan jauhkanlah diriku dari segala kejahatan manusia dan fitnah dunia..Amin..



Nur Hasanatul Fadhillah Bt. Maarof dari Sk. LKTP Kemelah telah muncul sebagai Johan Bercerita Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Puteri Islam 2010.Selaku jurulatihnya, tentulah saya merupakan orang yang paling berbahagia..Alhamdulillah..



Kontijen Negeri Johor merupakan Johan Keseluruhan Sambutan Hari Puteri Islam Peringkat Kebangsaan 2010.Alhamdulillah...

HARI PUTERI PERINGKAT KEBANGSAAN (4)




Abadi dalam kenangan..


Kenangan yang tidak dilupakan



Debaran menunggu keputusan..

HARI PUTERI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN (3)



Wah..cantiknya hasil peserta pertandingan...



Ini ialah hasil kreativiti pelajar dalam pertandingan..



Inilah hasil kreativiti Guru Pemimpin...



Cantiknya gubahan guru pemimpin Puteri Islam..Bakat terpendam..

HARI PUTERI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN(2)



Alangkah indahnya sebuah kenangan...Bersama sebahagian Guru Pemimpin Pergerakan Puteri Islam Malaysia Peringkat Kebangsaan.



Guru Pemimpin Puteri Islam menunjukkan bakatdi gerai jualan....



Bersama rakan dari Sarawak yang menunjukkan bakatnya ..



Aktiviti guru Pemimpin Puteri Islam yang terlibat dalam aktiviti demonstrasi memasak..

HARI PUTERI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN (1)



Tempat yang bakal melakar sejarah..



Peserta Johor berdebar menunggun giliran..



Semua peserta mendengar taklimat selepas pendaftaran pada petang Ahad(6 Jun)2010.Hari ini ialah hari ulangtahun kelahiran saya. Semoga pertandingan bercerita yang akan berlangsung pada malam ini menjadi hadiah teristimewa buat saya,Ini adalah kerana ,sayalah jurulatihnya..Amin...

Selasa, 29 Jun 2010

SAMBUTAN HARI PUTERI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2010



Memori yang sukar untuk dilupakan...



Salam ukhuwwah buat semua pengunjung blog ini..Pada 6-7 Jun,Sambutan Hari Puteri Islam Peringkat Kebangsaan telah diadakan anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia di Darul Puteri ,Jalan Cheras Kuala Lumpur.Majlis berlangsung penuh meriah....Hampir semua negeri mengambil bahagian termasuk Sarawak.



Darul Puteri,premis milik Pergerakan Puteri Islam Malaysia tersergam indah...



Wah..Cantiknya..Darul Puteri..

CENDERAHATI HARI GURU 2010



Inilah hadiah hari guru yang saya terima. Sejak menjadi guru pemulihan khas, saya tidak pernah bermimpi atau bercita- cita ingin menerima hadiah seperti dulu ketika berada di kelas aliran perdana.Kalau dulu, penuh kereta ...atau bakul motor.Tapi, kini tidak lagi...Saya cukup memahami situasi murid saya,ada yang mangsa perceraian ibu- bapa,tinggal dengan nenek dan datuk atau ..ibu dan ayah yang telah meninggal dunia. Bagi saya, hadiah hari guru yang cukup bermakna ialah mereka pandai membaca dan menguasai kemahiran asas 3M...Alhamdulillah....



Kalau dapat hadiah seperti ini sempena Sukaneka Hari Guru, biasanya cikgu- cikgu perempuanlah yang paling suka ...



Sempena Hari Guru 3010, semua guru Sk. LKTP Kemelah mendapat segulung tikar dan hadiah iringan berupa tupperware...

Rabu, 23 Jun 2010

MERIAHNYA SUKANEKA DI HARI GURU 2010



Segalanya abadi dalam kenangan...Saya bersama rakan seperjuangan yang beraksi di padang. Kali ini, murid pula jadi penonton...



Saya juga tidak ketinggalan,cuba nak menangkan pasukan saya..



Tn. Hj. Sahak Bin Hamzah,Guru Besar Sk. LKTP Kemelah juga merupakan kumpulan saya.Lihatlah gayanya bila nak masukkan bola...



Cikgu Aminoor dari kumpulan saya sedang fokus...

BERMAIN BOLA JARING DENGAN BERKAIN BATIK?



Bermain bola jaring sambil berkain batik?Eh..tak sanggup saya nak bayangkan..Lucu,tapi yang menonton memanglah suka, terutamaya pelajar... Lebih baik saya jadi penonton saja..Tak biasalah..



Saya hampir tidak percaya..Bagaimana nak bermain bola jaring dengan berkain batik..Jadi ,saya lebih senang menjadi'camerawomen' je..Tak sanggup nak bayangkan andainya kain batik terlucut..


Walaupun berkain batik,ternyata guru perempuan pantas berlari mengejar bola..



Amboi..meriahnya..

BERMAIN BOLA SEPAK DENGAN BERKAIN PELIKAT?



Saya hampir tidak percaya pada awalnya.., bagaimana guru lelaki boleh bermain bola sambil memakai kain pelikat...Lucu bunyinya tetapi benar...


Semua pelajar terhibur dan bergelak ketawa menyaksikan Piala Word Cup yang melucukan..


Bersemangat guru lelaki bermain bola...



Aktiviti yang cukup menghiburkan..Bagi guru lelaki yang tak biasa berkain pelikat,memang kainnya cepat terlucut dalam perlawanan persahabatan dengan pelajar

PERSEMBAHAN MENARIK DI HARI GURU 2010



Aksi menarik lakonan pelajar ditujukan khas untuk guru



Barisan Pengawas juga tidak ketinggalan menyampaikan persembahan.



Ustazah Zurina dan Ustazah Amizah mendeklamasikan sajak sempena Hari Guru 2010.



Tn. Hj. Nasaruddin,menyanyi dengan penuh perasaan...Dia tidak punya pilihan kerana semua pelajar memilih dirinya untuk menghiburkan mereka...

MEMORI INDAH DI HARI GURU 2010(3)



Kini saya semakin mengerti..,kebahagiaan itu terletak di hati,walau siapa pun kita dan di mana kita berada...Yang penting,bersyukur dengan apa jua yang dimiliki...



Nur Hasanatul Fadhillah Bt. Maarof, Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah menjadi juruacara majlis,dibantu oleh timbalannya...



Nyanyian Lagu Guru Malaysia bergema di padang sekolah.



Barisan guru melafazkan ikrar hari guru sempena majlis yang penuh bersejarah.

Selasa, 22 Jun 2010

MEMORI INDAH HARI GURU 2010 (2)



Tn. Hj. Sahak Bin Hamzah , Guru Besar Sk. LKTP Kemelah menyampaikan ucapan di hari yang cukup bersejarah.


Tn. Hj. Nasaruddin Bin Marzuki, Guru Penolong Kanan 1,menyampaikan perutusan Kementerian Pelajaran sempena Hari Guru 2010.


Tn.Hj.Mazlan Bin Othman,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menyampaikan perutusan Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru 2010.

MEMORI INDAH HARI GURU 2010



Paluan kompang dan bunga manggar mengiringi barisan guru ke Majlis Sambutan Hari Guru 2010.


Barisan guru lelaki melangkah ke khemah khas di padang


Barisan guru perempuan diiringi dengan bunga manggar dan paluan kompang daripada pelajar menuju ke khemah khas



Barisan pentadbir dan semua guru berada di padang dan berada di khemah ,yang didirikan khas untuk Sambutan Hari Guru 2010.



Gembiranya pelajar di sekolah saya. Walaupun kali ini sekadar meraikan Hari Guru 2010 di astaka dan berdekatan dengan padang sekolah.Tiada dewan tidak seperti tahun lepas,tiada kipas dan agak sempit..Yang pasti,kami semua gembira meraikannya.