Memaparkan catatan dengan label Abadi dalam kenangan buat selamanya.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abadi dalam kenangan buat selamanya.. Papar semua catatan

Isnin, 15 November 2010

MAJLIS PERPISAHAN ANJURAN BILIK GURU SK LKTP KEMELAH


Salam ukhuwwah..Agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk update blog ini.Alhamdulillah, saya kira dengan keazaman yang tinggi dan minat yang mendalam untuk berkongsi cerita, maka pada pagi ini saya coretkan kisah untuk tatapan semua yang sering mengunjungi blog ini. Setinggi- tinggi ucapan terima kasih atas sokongan dan dorongan dari semua..
Ahli Jawatankuasa Bilik Guru Sk LKTP Kemelah telah menganjurkan Majlis Perpisahan kepada guru dan staff sekolah yang telah berpindah ke sekolah lain. En. Hamidun Bin Hamzah telah bertugas di PPD Segamat sebagai Pegawai Fassilinus.Ustaz Iswady Fadzly Bin Mohd Noor pula telah berpindah ke sekolah lain. En . Hashim juga merupakan Jaga/Pengawal Keselamatan sekolah yang telah lama berkhidmat di sekolah.Jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan. Hanya Allah swt jua yang dapat membalasnya..

Ucapan En. Hamidun yang kini bertugas sebagai Fassilinus di PPD Segamat..

Ucapan Ustaz Iswady Fadzly Bin Mohd. Noor..

Ucapan En. Hashim ...

Cenderahati kepada Cikgu Hamidun yang kini bertugas di PPD Segamat

Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Iswady Fadzly yang telah berpindah sekolah

Penyampaian cenderahati kepada En. Hashim, Jaga Sekolah yang telah menamatkan perkhidmatannya di SK LKTP Kemelah.
Biar jauh di mata, asalkan dekat di hati...

Rabu, 11 Ogos 2010

KURSUS KEJURULATIHAN KURSUS P1NCH (4)



Apa yang paling membahagiakan pada kali ini ialah menerima watikah Jurulatih Utama Kebangsaan daripada Pn . Hjh Zaleha,Penolong Pengarah Pemulihan Khas , Bahagian Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia..di hadapan suami sendiri...Alhamdulillah..



Tergelak melihat aksi suami, berbaju biru dari kanan melakukan aksi riadah 'Chicken Dance'



Suami saya cukup memahami tugas saya...Bersyukur kerana ditakdirkan berada dalam bidang dan kecenderungan yang sama..Beliau merupakan guru Intervensi sekolah menengah...Tapi, mungkin ramai tidak menyedari bahawa salah seorang peserta kali ini ialah suami sendiri kecuali rakan Jurulatih Utama yang mamang telah bersama saya..Dia memang 'low profile'...Kami juga jarang kelihatan bersama..sepanjang berkursus..Barangkali sibuk dengan penumpuan tugas masing- masing...Apa yang penting persefahaman antara kami...



Bagaimanakah agaknnya perasaan anda jika secara kebetulan menyampaikan ceramah di hadapan suami sendiri....? Pasti tidak selesa ...Malu pun ada juga ...Tapi saya cuba sembunyikan perasaan saya dan cuba bersikap tenang..Kita perlu profesional dalam tugas betul tak...?Dia pun very sporting...



Kami telah diberikan penerangan tentang Laporan Data PINCH JUN 2010.

Jumaat, 16 Julai 2010

KURSUS P & P BAGI GURU INTERVENSI DAERAH SEGAMAT



Mendengar persoalan yang dikemukakan oleh peserta kursus selepas menyampaikan ceramah...



Semua peserta kursus bergambar selepas aktiviti mikro teaching berakhir...



Mengabadikan kenangan bersama Mejar Sazali Bin Abd. Hamid, Ketua Unit Pemulihan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Johor.Jutaan terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk bersama kami dalam kursus pada 14 Julai 2010 yang lalu.

Rabu, 30 Jun 2010

JOHAN BERCERITA PERINGKAT KEBANGSAAN HARI PUTERI ISLAM 2010



"Ya Allah..Aku bersyukur atas segala anugerahMU..Semoga segala amal bakti yang telah ku lakukan ,ada nilaianNYA di sisiMU dan dapat menjadi bekalan menuju perkampungan akhirat yang kekal dan abadi..Hanya satu tujuan hidupku, bertemu MU di syurga..Permudahkanlah urusan hidupku di dunia dan jauhkanlah diriku dari segala kejahatan manusia dan fitnah dunia..Amin..



Nur Hasanatul Fadhillah Bt. Maarof dari Sk. LKTP Kemelah telah muncul sebagai Johan Bercerita Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Puteri Islam 2010.Selaku jurulatihnya, tentulah saya merupakan orang yang paling berbahagia..Alhamdulillah..



Kontijen Negeri Johor merupakan Johan Keseluruhan Sambutan Hari Puteri Islam Peringkat Kebangsaan 2010.Alhamdulillah...

Selasa, 22 Jun 2010

MEMORI INDAH HARI GURU 2010



Paluan kompang dan bunga manggar mengiringi barisan guru ke Majlis Sambutan Hari Guru 2010.


Barisan guru lelaki melangkah ke khemah khas di padang


Barisan guru perempuan diiringi dengan bunga manggar dan paluan kompang daripada pelajar menuju ke khemah khas



Barisan pentadbir dan semua guru berada di padang dan berada di khemah ,yang didirikan khas untuk Sambutan Hari Guru 2010.



Gembiranya pelajar di sekolah saya. Walaupun kali ini sekadar meraikan Hari Guru 2010 di astaka dan berdekatan dengan padang sekolah.Tiada dewan tidak seperti tahun lepas,tiada kipas dan agak sempit..Yang pasti,kami semua gembira meraikannya.

Sabtu, 1 Mei 2010

HARI PUTERI ISLAM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010



Salam ukhuwwah..April merupakan bulan yang cukup sibuk bagi saya.Entah mengapa, walaupun banyak ingin berkongsi cerita, tetapi..semuanya terhenti atas keterbatasan waktu dan kesempatan terluang yang cukup menghimpit diri.
Pada 25 April yang lalu, iaitu hari Ahad..Sambutan Hari Puteri Islam Peringkat Negeri Johor telah diadakan di SMKA Johor Bahru.Setiap daerah dari seluruh Negeri Johor telah menghantar peserta dari pelbagai kategori sekolah rendah dan menengah.Saya telah menghantar puteri sulong saya dalam Pertandingan Bercerita.Kebetulan , selain daripada menjadi AJK Daerah ..saya pun bertugas sebagai guru pengiring ke sana.Antara matlamat Hari Puteri ialah agar dapat melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran yang tertentu serta meniliki sahsiah yang terpuji dan mempunyai jati diri yang tinggi.Banyak aktiviti yang dipertandingkan kategori sekolah menengah dan rendah.
Yang menariknya, saya telah bertemu dengan seorang guru pemulihan Khas dari Sk. Seri Idaman Batu Pahat, Zainuridayu Bt. Kasdi.Kami sempat berkenalan dan bertanya khabar. Walaupun baru kali pertama bertemu,dia cepat mesra.Kebetulan , beliau merupakan jurulatih Pertandingan Bercerita seperti saya..Alangkah indahnya persahabatan ..

Jumaat, 16 April 2010

SEKILAS KENANGAN DI BTPN, JB (2)


Turut mengambil gambar kenangan ialah Ahli Jawatankuasa Penaja Majlis Permuafakatan guru Pemulihan /P1NCH Negeri Johor(M3P Johor).Saya diamanahkan sebagai Naib Setiausaha M3P Johor .Semoga perkongsian idea dan saluran suara dapat dimanfaatkan untuk kebajikan murid dan guru pemulihan khas di Negeri Johor.

SEKILAS KENANGAN DI BTPN,JB



Kami sempat mengabadikan kenangan sebelum pulang bersama Mejar Sazali Bin Abd. Hamid, Ketua Unit Pemulihan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Johor. dilupakan.Perkongsian idea dan pandangan diselangi dengan gurauan yang memecah keheningan ,pasti terpahat dalam ingatan.Sesungguhnya, Bengkel Pemurnian P1NCH 2010 ini pasti meninggalkan kenangan yang tidak yang tidak dapat dilupakan.
"Ya Allah..berkatilah usaha kami.Semoga usaha kecil ini ada nilaiannya di sisiMu di akhirat nanti..Amin...

Selasa, 13 April 2010

BENGKEL PEMURNIAN P1NCH 2010 DI BTPN,JB



Salam ukhuwwah..agak lama saya tidak berkesempatan untuk 'update' blog ini.Maaf,kepada semua pengunjung blog yang mungkin menatap blog ini dengan wajah yang hampa. Kesibukan rutin seharian dan beberapa komitmen dalam profesionalisme perguruan begitu membataskan segalanya. Bermula semalam, 12- 14 April 2010 bertempat di Bahagian Pendidikan Teknologi Negeri(BTPN), suatu Bengkel Pemurnian P1NCH telah diadakan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah:
1.Memurnikan /membina instrumen baru P1NCH 2010.
2,Penyelarasan maklumat berkaitan LINUS .
3.Pelaksanaan STAR Pulih.
4.Membentuk kumpulan 'Mentor'untuk program Intervensi bagin sekolah menengah.
5.Penubuhan Majlis Permuafakatan Guru Pemulihan /P1NCH Negeri Johor(M3P)
Semoga perkongsian idea dalam sesi cambah fikir ini mendapat keberkatan Illahi.

Khamis, 4 Februari 2010

Kursus Kejurulatihan LINUS di Impian Hotel Morib Selangor 15





Inilah Jurulatih '1 Malaysia'.Saya sempat bergambar bersama Cikgu Ng Siew Lian dari SJKC Kahang, Kluang dan Pn. Indra A/P Balan dari SJKC Cantuman Chaah, Segamat.Kami gembira dapat berjumpa dalam satu kursus dan dapat bertukar- tukar fikiran.Kami abadikan kenangan ini untuk memberikan motivasi bekerja dalam diri dalam menggalas amanah yang diberi selepas majlis penutupan kursus selesai.

Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Umbaik Bin Hj. Ismail,Ketua Sektor Program Khas, Bahagian Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau menyampaikan ucapan sambil menggunakan slaid denagan tajuk'Pengurusan Tekanan Dan Konflik' sebelum menutuprasmi kursus. Gembira sungguh kerana Pn. Hjh Zaleha dari Kementerian Pelajaran Malaysia pun dapat turut bersama melapangkan masa bersama kami dalam majlis penutupan kursus.

Segala kenangan bersama rakan seperjuangan tidak akan saya lupakan."Ya Allah,..permudahkan urusan kami. Bantulah kami dalam usaha kami menggalas amanah dan memikul tanggungjawab ini. Berkatilah usaha murni kami.Satukanlah hati- hati kami dengan penuh keikhlasan. Teguhkanlah kesabaran dalam diri kami.Semoga usaha kami ini diberkati".Amin.....