Ingin saya coretkan sebuah pengalaman terindah.Saya dedikasikan kepada semua urusetia yang terlibat dalam program ini juga kepada semua pengunjung blog ini untuk tatapan bersama.Semoga semua ini akan membangkitkan momentum dan motivasi bekerja kita dalam mencari keredhaan Illahi. Pada 1-5 November 2009, Kem Koakademik Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Golden Beach Resort, Desaru. Seluruh Kontijen dari 15 buah negeri telah berkampung untuk menjayakan Kem Koakademik Murid Pemulihan Khas/Disleksia 2009.Seramai 269 pelajar,55 orang guru pengiring dan 50 orang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan daerah telah berkunjung ke Johor dalam satu acara yang cukup berprestij ini.
Saya rasa bertuah kerana Johor di beri penghargaan untuk menjadi tuan rumah. Saya optimis, kegembiraan ini juga lebih dirasakan oleh Mejar Sazali Bin Abd. Hamid (Penolong Pengarah Pemulihan Khas Negeri Johor)dan En. Shahiran Bin Kamaruddin (Penyelia Pemulihan Khas Negeri Johor).Merekalah 'nadi' dan 'penggerak'program yang culup bersejarah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan