Selasa, 29 Disember 2009

Rakan Seperjuangan 10



Ada dua orang rakan dari Johor Bahru yang sering menghiburkan saya ketika berkursus di peringkat negeri atau terlibat sebagai urusetia ketika mengendalikan Kursus Pemulihan Khas Negeri Johor.Gelak ketawa mereka sering menghiburkan dan membuatkan hilang seketika kepenatan bekerja.Adakalanya mereka menjadi pendengar setia apabila saya dalam kesedihan.Tetapi, mereka percaya ..saya mampu menghadapi segalanya dengan penuh ketabahan.Alangkah bahagianya jika ramai lagi insan yang jujur dalam persahabatan...

"Ya Allah, kekalkanlah persahabatan di antara kami..Moga ikatan silaturrahim ini berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan