Rabu, 11 Ogos 2010

KEHILANGAN SEORANG GURU PEMULIHAN KHAS DI DAERAH SEGAMAT



Saya mewakili En. Masnawi Bin Shamsuddin , Pegawai Khas Pendidikan Khas dan J/kuasa Panitia Pemulihan Khas Daerah Segamat telah menziarahi Mendiang Pn. Chey Nyuk Ping,yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru..Sehari selepas kemalangan berlaku. Beliau meninggalkan seorang anak perempuan berumur 4 rahun.. Dua orang rakan gurunya dari sekolah yang sama telah meninggal dunia di tempat kejadian pada hari Khamis lepas..Yang menyayat hati, salah seorang yang meninggal dunia itu sedang mengandung 8 bulan..Mereka menaiki kereta menuju ke sekolah dan kemalangan berlaku pada pukul 7 pagi..



Bersama anggota Mendiang Pn. Chey Nyuk Ping di halaman rumah beliau...



Sedang mendengar cerita berkaitan kemalangan ngeri mengorbankan nyawa 3 orang guru sekaligus bersama Guru Besar SJKC Tah Kang.Salah seorang yang terlibat adalah seorang Guru Pemulihan Khas..



Kami mengunjungi rumah Mendiang Pn. Chey Nyuk Ping di Taman Yayasan sebelum beliau dibawa ke acara pengebumian...



Gambar kemalangan ngeri pada hari Khamis,5 Ogos di Segamat yang mendapat liputan di dada akhbar Metro , Sinar dan akhbar lain..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan