Selasa, 2 Februari 2010

Kursus Kejurulatihan LINUS di Impian Hotel Morib Selangor 4




Saya sempat mengabadikan kenangan bersama rakan kumpulan yang duduk di sebelah saya iaitu Najlaa dari Selangor (bertudung biru).Hasil perkongsian ilmu sesama ahli kumpulan telah diterjemahkan dalam bentuk penghasilan kerja untuk pembentangan esok.Alhamdulillah. Aktiviti slot tamat jam 4.30 petang.
Pada jam 5 petang, kumpulan Jurulatih Utama Pemulihan Khas dari Negeri Johor Darul Takzim telah dikehendaki berkumpul bersama Mejar Sazali Bin Abd. Hamid(Penolong Pengarah Pemulihan Khas ,Jabatan Pelajaran Negeri Johor).Pelbagai perkara telah ditaklimatkan kepada kami.Selepas ini,setiap Jurulatih Utama daerah diamanahkan menyampaikan ceramah kepada semua Guru Pemulihan Khas di daerah masing- masing,sebagaimana yang akan ditakwimkan oleh PPD masing- masing kelak.Kami menerima maklumat tentang beberapa perkara :
1. Kursus Penataran LINUS kepada semua Guru Pemulihan Khas di daerah masing- masing.
2.Halatuju Program P1NCH 2010
3.Instrumen Tahap 2
4.Panel Perunding P1NCH Johor
Kesemua Jurulatih Utama telah mendengar taklimat dalam suasana penuh santai dan mesra.Maklumlah, dah lewat petang..Taklimat tamat hampir jam 6.30 petang.Alamak..lewatnya..bila nak rehat ni?Apa pun redha je lah..Sementara Mejar Sazali, mengangkat panggilan telefon,aksi yang agak keletihan telah dirakamkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan