Isnin, 1 Februari 2010

Kursus Kejurulatihan LINUS di Impian Morib Selangor 2





Tepat jam 8.30 pagi, semua peserta yang terdiri daripada Jurulatih Utama Pemulihan Khas telah didedahkan dengan slot bertajuk 'Strategi Pengajaran P&P Literasi Interaktif Multimedia'.Mutiara imu yang diberikan cukup menarik dan amat membantu untuk pemantapan pedagogi LINUS dan Pemulihan Khas.En. Nor Rahimi bin Abdul Rahman(Unit Pengurusan Teknologi Maklumat & Komunikasi Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia)telah menyampaikan taklimat.Kami belajar membina bahan multimedia interaktif masing- masing.Seramai 6 orang telah dipilih untuk menyampaikan persembahan bahan inovasi .En. Nor Rahimi Bin Abd. Rahman telah memberi teguran membina untuk memantapkan lagi penghasilan kualiti kerja dalam menghasilkan bahan interaktif multimedia.Alhamdulillah..Kata orang , jauh perjalanan luas pandangan.Moga ilmu yang diterima dapat diaplikasikan kepada anak wawasan yang bakal menerajui kepimpinan pada masa hadapan.
Pn. Nor Zalina Bt. Nasir, Penolong Pengarah Pemulihan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia menyampaikan ucapan sebelum slot pertama bermula.Saya sempat mengabadikan kenangan bersama Pn. Hayati Bt. Yusof dari Port Dickson Negeri Sembilan yang merupakan rakan sebilik.Tidak ketinggalan juga bersama Hidayah dari Pasir Gudang dan rakan Jurulatih Utama dari Johor yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan