Isnin, 1 Februari 2010

Kursus Kejurulatihan LINUS di Impian Hotel Morib Selangor







Bermula 1-4 Februari 2010 saya telah diarahkan mengikuti Kursus Kejurulatihan LINUS Bagi Jurulatih Utama Pemulihan Khas. Pada awalnya, kursus akan dijalankan di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Selangor.Akhirnya tempat kursus bertukar dan kami diarahkan berkursus di Impian Hotel Morib,Banting Selangor Darul Ehsan.Seramai 130 orang peserta telah diamanahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing- masing untuk menggalas tanggungjawab dan cabaran untuk mengerakkan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.6 buah negeri telah menghantar jurulatih utama masing- masingiaitu :
1.Johor Darul Takzim.
2.Selangor Darul Ehsan
3.Wilayah Persekutuan
4.Putrajaya
5.Negeri Sembilan Darul Khusus
6.Pahang Darul Makmur

Pada jam 8.30 malam,Pn. Nor Zalina Bt. Nasir,Penolong Pengarah Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyampaikan ataklimat.Kami diminta memperkenalkan diri kepada semua peserta dan terlibat dalam aktiviti ice breaking dan agihan kumpulan.Gembira berjumpa kenalan dari 6 buah negeri terutamanya rakan jurulatih utama dari Johor. Alhamdulillah..semoga pertemuan ini kan mempertautkan lagi ukhuwwah disamping memantapkan lagi ilmu di dada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan