Sabtu, 1 Mei 2010

POTRET KENANGAN HARI PUTERI ISLAM NEGERI JOHOR 2010


Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Tuanku Hjh. Shahariah Bt. Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Johan dari pelbagai kategori akan mewakili Hari Puteri Peringkat Kebangsaan di Darul Puteri pada 6-7 Jun 2010.Kebetulan saya terlupa membawa kemera pada hari tersebut.Zainuridayu telah menghantar gambar melalui email dan facebook..Syukran.
Terlalu pantas masa berlalu..Kini, puteri sulung saya telah membesar di depan mata.Apalah yang membahagiakan hati seorang ibu,selain daripada mendoakan agar beliau membesar menjadi seorang anak yang solehah dan berbahagia di dunia akhirat.Berbakti kepada agama ,bangsa dan negara.
Nur Hasanatul Fadhillah Bt. Maarof,dari Sk. LKTP Kemelah telah muncul sebagai Johan Bercerita Hari Puteri Islam Peringkat Negeri Johor.Daerah Segamat,rasa cukup bertuah..Nama manja dan kami sekeluarganya memanggilnya' Husna'.
Moga Johor akan meraih kejayaan yang cemerlang dalam Sambutan Hari Puteri Islam Peringkat Kebangsaan pada 6-7 Jun 2010 nanti.Moga dia juga mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini..Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan